Registration For Brunei-Cambridge GCE ‘O’, ‘AS’, ‘A’ & IGCSE Examination October/November 2020

May 13, 2020

Wednesday, 13th May 2020- Examinations Department, Ministry of Education has opened the registration for Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' & IGCSE Examination for October/November 2020 from Wednesday, 13th May 2020 to Thursday, 2nd July 2020. Registration forms and further information related to the registration can be obtained from the Examinations Department, Ministry of Education during office hours. Examinations Department will only accept completed application forms every Monday until Thursday in the morning from 8AM until 11AM and Saturday, from 8AM until 10AM. During the month of Ramadhan, every Monday until Thursday in the morning from 8.15am until 11.00am and Saturday, from 8.15am until 10.00am.

 

Following the outbreak of the COVID-19, any changes in payment times and service counters will be notified from time to time. For further information, please refer to Surat Pemberitahuan, Examinations Department, Ministry of Education, Bil 8/2020. Completed application form together with the required documents need to be submitted to the Examinations Department no later than Thursday, 2nd July 2020. 


Please click here to download application forms and other documents


____________________________________________________________________________________

Pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' & IGCSE

Oktober/November 2020


Rabu, 13 Mei 2020- Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' & IGCSE bagi bulan Oktober/November 2020 bermula pada hari Rabu, 13 Mei 2020 hingga hari Khamis, 2 Julai 2020. Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka. Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah lengkap pada setiap hari Isnin hingga hari Khamis di sebelah pagi, mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Dalam bulan Ramadhan, setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi dan hari Sabtu dari jam 8.15 pagi hingga 10.00 pagi.

 

Untuk makluman juga, perubahan waktu pembayaran ini berikutan penularan wabak COVID-19 dan sebarang perubahan waktu pembayaran dan kaunter perkhidmatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 8/2020. Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada hari Khamis, 2 Julai 2020.

Sila klik disini untuk memuatnaik borang-borang pendaftaran dan dokumen yang berkaitan