Mass Maghrib & Isya Prayers,Hajat Prayer,Doa Kesyukuran,Recitation Of Surah Yassin Held In Conjunction With The 47th Birthday Anniversary of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah,the Crown Prince & Senior Minister at The Prime Minister Office

Feb 16, 2021

Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli PMAMB) held a mass Maghrib and Isya Prayer, Hajat Prayer, Recitation of Surah Yassin and Doa Kesyukuran Ceremony to mark the 47th Birthday Anniversary of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at The Prime Minister's Office today. The event was held at the surau of Boys' Hostel, Maktab Duli PMAMB.

Present as the guest of honour was Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Hj Abd Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education. 

WhatsApp Image 2021-02-17 at 9.26.32 AM.jpeg

WhatsApp Image 2021-02-17 at 9.26.44 AM.jpeg

WhatsApp Image 2021-02-17 at 9.26.44 AM (1).jpeg

The event began with a mass Maghrib Prayer led by Yang Mulia Ustaz Syed Mohsen bin Syed Abd Rahman AlKaff, Lecturer of Usuluddin, Maktab Duli PMAMB followed by a mass Hajat Prayer led by Yang Mulia Ustaz Hj Md Shafiee bin Hj Japar, Lecturer of Usuluddin, Maktab Duli PMAMB. This was followed by the recitation of Surah Yassin, Doa Kesyukuran and ended with mass Isya' Prayers for the in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah's 47th Birthday Anniversary.

Also present at this evening's event, were Heads of Departments, Ministry of Education, Acting Principal and Deputy Principal as well as staff and students of Maktab Duli PMAMB.

______________________________________________________________

Majlis Sembahyang Maghrib dan Isyak Berjemaah, Sembahyang Hajat, Membaca Yassin dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Yang Ke-47 Tahun 1442H/2021M telah diadakan di Surau Asrama Putera, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli PMAMB) pada hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Hj Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Syed Mohsen bin Syed Abd Rahman Al Kaff, Pensyarah Usuluddin di Maktab Duli PMAMB dan Sembahyang Hajat yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Hj Md Shafiee bin Hj Japar, Pensyarah Usuluddin di Maktab Duli PMAMB. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah bersempena dengan Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Yang Ke-47 Tahun.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan, Pemangku Pengetua dan Timbalan Pengetua serta kakitangan Maktab Duli PMAMB.