Socialisation Session On School Assessed Marks (SAM)

Oct 18, 2021

The Ministry of Education through the Department of Examinations held a School Assessed Marks (SAM) Socialisation Session for school leaders of government and private primary schools under the purview of the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs virtually today.


The session is a continuation of the first session held on Monday, October 11, 2021. The session was divided into two sessions.  The morning session was for government primary school leaders while the afternoon session was for primary school leaders from private schools and the Ministry of Religious Affairs.

Sesi Pagi.png

Sesi Petang.png

Pagi 2.png

Pagi Pg 2.png

Sesi Petang Pg 6.png

Private Second.png

The socialisation aimed to strengthen the understanding of the SAM and provide an opportunity for school leaders to raise any inquiries regarding the assessment.

 

The briefings were presented by Pengiran Siti Noor Roziah binti Pengiran Haji Matjinen, Acting Assistant Director of Examinations, Ministry of Education. Also in attendance during the morning session were Head of Clusters from Department of Schools while the afternoon session was attended by Head of Private Education Department, Acting Assistant Director of Islamic Studies Department and Head of the Arabic School Division.

 

For any inquiries regarding SAM, members of public especially parents may contact their respective schools directly or the Department of Examinations, Ministry of Education at 2380630/2380776 during office hours or via email exam.dept@moe.gov.bn or jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov .bn.

_________________________________________________________________

SESI PEMBERIGAAN SCHOOL ASSESSED MARKS (SAM)


Kementerian Pendidikan / Isnin, 18 Oktober 2021 - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengadakan sesi pemberigaan School Assessed Marks (SAM) secara maya kepada pemimpin-pemimpin sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada hari ini.

 

Sesi tersebut merupakan kesinambungan daripada sesi pertama yang telah diadakan pada hari Isnin, 11 Oktober 2021. Sesi hari ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi pagi melibatkan para pemimpin sekolah rendah kerajaan, sementara sesi petang pula melibatkan para pemimpin sekolah rendah swasta dan di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Sesi tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai penilaian SAM serta memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengutarakan sebarang persoalan berbangkit mengenai penilaian SAM

 

Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Pengiran Siti Noor Roziah binti Pengiran Haji Matjinen dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Kluster dari Jabatan Sekolah-Sekolah semasa sesi pagi sementara sesi petang pula turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pendidikan Swasta, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pengajian Islam dan Ketua Bahagian Sekolah Arab.

 

Dalam hubungan ini, orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada sekolah masing-masing atau menghubungi Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di talian 2380630/2380776 semasa waktu bekerja atau melalui emel exam.dept@moe.gov.bn atau jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn.