Present as the Guest of Honor at the opening ceremony was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.
The Convention is a continuation of the same event held in February and June this year. The theme for this Convention is ‘Quality Leaders, Quality Education’ and focuses on creativity and Innovation as sub-themes.
The Convention has three objectives, firstly, to strengthen systemic coherence through integrated and transparent involvement and support from various stakeholders in the Ministry of Education in implementing educational initiatives in line with the Ministry of Education Strategic Plan 2018-2022. Secondly, to continue efforts in strengthening and institutionalising 21st century skills and thirdly, to provide the latest information on ongoing initiatives, namely the Learning Support Program, Blended Learning and the results of the Decision Making Workshop.
The ceremony began with a welcoming remark from Yang Mulia Dayang Masdiah binti Haji Tuah, Acting Director, Department of Educators Management as the Co-Chair of the School Leaders Convention 2021 and followed by a speech from the Guest of Honour and the official opening ceremony of the Convention.
The event continued with a presentation on leadership in Islam by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Director at the Centre of Public and International Relations, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) and proceeded with a presentation on the outcome of the dialogue session with School Leaders which was presented by Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Secretary Permanent (Core Education), Ministry of Education.
The first day session also saw a sharing session from Yang Mulia Awang Shahrizal bin Haji Emran, Head of the Education Technology Centre on Blended Learning Models. During the sharing session, Yang Mulia Awang Haji Ali Hamdani bin Haji Mohd Diah, Acting Director of Curriculum Development shared on the Digital Citizenship in Education which touched on digital citizenship in education and issues related to cyber risks and threats in schools.
The session then continued with a workshop led by Yang Mulia Haji Ali Sofian Bin Haji Thani from the Department of Curriculum Development on the development of the School Digital Citizenship Guide through the participation of school leaders relevant to the school context in Brunei Darussalam.
With the Blended Learning Models method, school leaders are expected to be more aware of its significant importance during the second wave of the COVID-19 pandemic in Brunei Darussalam as well as to coordinate Digital Literacy with the Ministry of Education's Digital Transformation Plan and the development of Digital Citizenship Guidelines for Schools in supporting the vision and mission of the Ministry of Education.
Also present at the event were the Acting Director General of Education, Heads of Departments, Head of clusters, school leaders and senior officials from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs.
____________________________________________________________
MAJLIS KONVENSYEN PEMIMPIN SEKOLAH
KALI KETIGA TAHUN 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
SECARA MAYA
18 Rabiulakhir hingga 20 Rabiulakhir 1433 bersamaan
23, 24 dan 25 November 2021
Selasa, 23 November 2021 – Kementerian Pendidikan melalui Unit Kepimpinan Sekolah, Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah Kali Ketiga Tahun 2021/2022 Secara Maya selama tiga hari mulai hari ini, 23 hingga 25 November 2021.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis pembukaan ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis Konvensyen ini merupakan kesinambungan dari acara yang sama yang telah diadakan pada bulan Februari dan Jun tahun ini. Tema bagi Majlis Konvensyen ini ialah ‘Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti’ dan memberi fokus kepada kreativiti dan Inovasi sebagai sub tema.
Majlis Konvensyen ini mempunyai tiga objektif iaitu pertama, bagi mengukuhkan kesepaduan sistemik (systemic coherence) melalui penglibatan dan sokongan yang bersepadu dan telus dari pelbagai pihak yang berkepentingan di Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan inisiatif pendidikan selaras dengan hasrat Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022. Kedua, bagi meneruskan usaha dalam mengukuhkan dan menginstitusikan kemahiran abad ke-21 dan ketiga, bagi memberikan maklumat terkini mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan iaitu Program Sokongan Pembelajaran (Learning Support), Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan hasil daripada Bengkel Membuat Keputusan (Decision Making Workshop).
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pemangku Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah 2021, dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Tetamu Kehormat dan pembukaan rasmi Majlis Konvensyen.
Acara diteruskan dengan ceramah bertajuk kepimpinan di dalam Islam oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan seterusnya pembentangan hasil sesi dialog Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah oleh Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Sesi pada hari pertama juga turut menyaksikan perkongsian daripada Yang Mulia Awang Shahrizal bin Haji Emran, Ketua Pusat Teknologi Pendidikan mengenai Blended Learning Models. Yang Mulia Awang Haji Ali Hamdani bin Haji Mohd Diah, Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum mengongsikan mengenai Digital Citizenship in Education yang menyentuh tentang kewarganegaraan digital dalam pendidikan dan isu berkaitan risiko dan ancaman siber di sekolah.
Sesi diteruskan dengan bengkel yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Ali Sofian Bin Haji Thani dari Jabatan Perkembangan Kurikulum mengenai pembangunan Panduan Kewarganegaraan Digital Sekolah melalui penyertaan pemimpin-pemimpin sekolah relevan dengan konteks sekolah di Negara Brunei Darussalam.
Dengan kaedah Blended Learning Models, para pemimpin sekolah diharap akan lebih mengetahui kepentingannya yang ketara semasa gelombang kedua pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam serta menyelaraskan Literasi Digital dengan Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan dan pembangunan Panduan Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) untuk Sekolah dalam mendokong visi dan misi Kementerian Pendidikan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, ketua-ketua kluster, pemimpin-pemimpin sekolah dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.