Sign In

Skip Navigation LinksPusat Pembelajaran Sepanjang Hayat

​​Visi

Pusat kecemerlangan untuk memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk mengukuhkan komuniti menjelang tahun 2024 


Misi
​Untuk membina individu yang holistik dan masyarakat inklusif dengan meningkatkan peluang untuk pelajar sepanjang hayat dari semua peringkat umur

Pengenalan

Pengarah
Yang Mulia Dr. Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid (Pemangku)​
Alamat
Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jalan 10 Selatan,
RPN Lambak Kanan,
BC2315
Brunei Darussalam
Hubungi

Kaunter Penyambut Tetamu

Tel: 234 6201 

Emel: enquiry.l3c@moe.gov.bn


Kaunter Kewangan dan Perolehan

Tel: 2346201 ext 110/111 

Emel: finance/l3c@moe.gov.bn


Website: https://l3c.moe.gov.bn/

Instagram: @l3centre.moe

Facebook: @l3c.moe

 

Huraian

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (atau Pusat L³ disebut sebagai Pusat L-cube), Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada 23 September 2019 pada hari Guru ke-29 untuk menjadi sebagai pusat maklumat setempat (One-stop Information Centre) untuk program- program dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepanjang hayat. 

Pusat L3 komited dalam meningkatkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk individu- individu dari semua peringkat umur di Negara Brunei Darussalam. Pusat L³ telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal latihan pembelajaran sepanjang hayat dari sektor awam and swasta dalam menawarkan pelbagai program-program yang sesuai dengan keperluan pelajar dewasa dan komuniti secara keseluruhan. 

Objektif

  1. Membangun dasar, rangka kerja dan garis panduan untuk meningkatkan peluang pembelajaran sepanjang hayat di Negara Brunei Darussalam. 
  2. Mengkaji semula penyediaan program-program pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menggalakkan penyertaan orang ramai dalam program-program pembelajaran sepanjang hayat. 
Fungsi

  1. Untuk membangunkan, melaksanakan, memantau dan mengkaji semula dasar, rangka kerja dan panduan pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Untuk menyelaraskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik ke arah Visi dan Misi Kementerian Pendidikan.
  3. Untuk menyediakan platform dan tempat untuk program-program pembelajaran sepanjang hayat dengan kerjasama institusi/pembekal latihan swasta dan awam. 
  4. Untuk meningkatkan penyelidikan dan perkembangan (research and development) dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  5. Untuk menyokong Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dan JobCentre Brunei dalam memudahkan akses kepada pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan kepada pelajar sepanjang hayat termasuk pencari-pencari kerja dan untuk kemajuan kerjaya dan peluang pekerjaan di masa hadapan.
  6. Untuk memudahkan dan mengawalselia urus tadbir institusi atau pembekal-pembekal latihan berdaftar dan kualiti program-program pembelajaran sepanjang hayat (nota: Program-program pembelajaran sepanjang hayat termasuklah program meningkatkan kemahiran Upskilling dan Reskilling).
  7. Untuk mempromosikan dan meningkatkan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi warganegara Brunei Darussalam. 
  8. Untuk mempromosikan dan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat untuk memacu pembangunan, daya saing dan kebolehpasaran tenaga kerja Brunei; dan mengukuhkan kemajuan masyarakat dan kesejahteraan masyarakat.
  9. Untuk memaksimumkan sinergi antara pra-pekerjaan (pre-employment) dan pendidikan lanjutan dan latihan (continuing education and training) dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan membina landskap 'vibrant' untuk latihan berkualiti tinggi, berasaskan kemahiran dan keperluan industri.

 Bahagian & Unit
  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
    - Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia
    - Unit Kewangan dan Perolehan
    - Unit Estet dab Fasiliti
  • Bahagian Perhubungan Korporat dan Penyelidikan
    - Unit Perhubungan Korporat dan Pemasaran
    - Unit Penyelidikan dan Statistik
    - Unit Perkhidmatan Maklumat dan Teknologi
  • Bahagian Program dan Penyertaan
    - Unit Pendaftaran
    - Unit Kurikulum
    - Unit Kemahiran dan Kebolehpasaran
    - Unit Bimbingan Kerjaya
  • Bahagian Pengawalseliaan
    - Unit Dasar, Perancangan dan Perkembangan
    - Unit Pendaftaran Pembekal-Pembekal Latihan dan Pendidik-Pendidik Pembelajaran
    - Unit Pemantauan dan Penilaian

Carta Organisasi
 

 akan dikemas-kini

Laman Sesawang
 

Untuk keterangan lanjut, sila imbas QR Code di bawah:

L3C website QR Code.png