MKPK ditubuhkan pada tahun 1990 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
MKPK merupakan sebuah badan akreditasi tunggal (a sole accrediting body) yang bertanggungjawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Penubuhan MKPK ini juga termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam [Perintah di bawah perkara 83 (3)1].
Bagi membantu MKPK membuat pertimbangan dan keputusan, sepuluh (10) Jawatankuasa Kecil (JKK) dalam berbagai bidang telah dibentuk iaitu seperti berikut:
Bagi membantu MKPK membuat pertimbangan dan keputusan, sepuluh (10) Jawatankuasa Kecil (JKK) dalam berbagai bidang telah dibentuk iaitu seperti berikut:
Jawatankuasa Kecil Akademik
- JKK Bidang Kejuruteraan dan Seni Bina
- JKK Bidang Pendidikan
- JKK Bidang Pengajian Ugama Islam
- JKK Bidang Perakaunan dan Pengurusan
- JKK Bidang Perhubungan
- JKK Bidang Perubatan
- JKK Bidang Sains dan Alam Sekitar
- JKK Bidang Undang-Undang
- JKK bidang Ketenteraan dan Keselamatan
- JKK bidang Teknologi Info Komunikasi
Jawatankuasa Kecil Kemahiran
- Tenaga
- Pembinaan
- Info-Komunikasi dan Teknologi
- Perhotelan dan Pelancongan
- Pengangkutan dan Logistik