Sign In

Skip Navigation LinksUrus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan (UMPK)

​​​​​​​​​
Visi
Menjadi sebuah unit urus setia yang dinamik dan kompetenMenjadi Sebuah Unit Urus Setia Yang Dinamik dan Kompeten.

Misi
Memperkasakan Pengurusan Permesyuaratan Majlis Pelajaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (MPK NBD) Yang Lebih Berkesan.

​Pengenalan 
Ketua
Yang Mulia Pengiran Hajah Mas Joliwane binti Pengiran Haji Tejudin​ (Pemangku)
​Alamat​Tingkat 6, 
Bangunan Baru Kementerian Pendidikan,
Jalan Lapangan Terbang Lama,
Berakas BB3510,
Negara Brunei Darussalam.
​Telefon/ Fax​Pejabat: +673  2380666
E-mel: umpk@moe.gov.bn

​Huraian 
Penubuhan Majlis Pelajaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (MPK NBD) telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Sambutan Hari Guru Ke-9 pada 23 September 1999, yang mana peranan MPK NBD adalah membuat saranan kepada Dasar dan Perkembangan Pendidikan, merujuk Akta Pendidikan 2011, Bab 210, Bahagian III. 

Pada 22 November 1999, MPK NBD telah bersetuju untuk menubuhkan Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan (UMPK) sebagai sekretariat kepada MPK NBD yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan. 

Usaha UMPK juga adalah untuk mendukung pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027 selaku Pemangkin Bersilang bagi memastikan Tadbir Urus dan Dasar yang Berkesan.

​Objektif 
  • Pengurusan permesyuaratan MPK NBD yang dinamik dan berkesan.
  • Transformasi memperkasa peranan UMPK yang lebih pro-aktif dan efisien.​
  • Pendukung Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat) bagi penyelarasan proses mengemaskini dasar-dasar pendidikan yang bersistematik.​

​Fungsi

a.     Pengurusan Mesyuarat Majlis Pelajaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (MPK NBD):

  1. Menyelaras persediaan dan pengendalian mesyuarat MPK NBD, termasuk penyediaan agenda, talking points Pengerusi MPK NBD, slaid pembentangan mesyuarat, persediaan logistic dan lain-lain.
  2. Mengadakan perbincangan dengan pihak Eksekutif dan Jabatan-Jabatan bagi penyediaan kertas-kertas kerja.
  3. Menyediakan dan meneliti kertas-kertas kerja, slaid pembentangan dan talking points.
  4. Memantau status pelaksanaan agenda mesyuarat dan tindakan-tindakan susulan bagi perkara-perkara berbangkit.
  5. Menguruskan pelantikan Ahli-Ahli MPK NBD.
  6. Memberikan khidmat sumber rujukan mengenai agenda-agenda dan keputusan mesyuarat MPK NBD.

b.     Lain-lain:

  1. Menyediakan dan melaksanakan Perancangan Strategik UMPK dan memantau status KPI inisiatif-inisiatif UMPK.
  2. Mengadakan sesi Sosialisasi kepada Jabatan-Jabatan.
  3. Memberikan perkhidmatan klinik untuk Jabatan-Jabatan bagi mengenal pasti dan menangani jurang-jurang dasar, jika perlu.
  4. Memberikan khidmat konsultasi bagi penyediaan kertas-kertas kerja mengemaskini dasar. 
  5. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan.

​Struktur Organisasi ​

UMPK structure for website.png

*updated 12.2.2025

Maklumat Tambahan

Perkhidmatan-perkhidmatan UMPK termasuk:

  1. Pengurusan Permesyuaratan MPK NBD
    1. Tatacara menghadapkan agenda
    2. Penyediaan kertas kerja dan talking points
    3. Tindakan-tindakan susulan bagi perkara-perkara berbangkit

  2. Konsultasi penyediaan kertas kerja dasar
    1. Format kertas kerja
    2. Format slaid pembentangan

  3. Pendukung pelaksanaan Proses Penyelarasan Dasar
    1. Mengenal pasti bidang (kawalan) dasar
    2. Proses Inventori Dasar
    3. Alignment Clearance Status
    4. Mengenal pasti jurang dalam dasar

  4. Penyediaan klinik pengemaskinian dasar-dasar
    1. Proses pengemaskinian dasar
    2. Sesi klinik bersama Jabatan-Jabatan
​​
Muat Turun Dokumen

Tatacara bagi Jabatan-Jabatan untuk menghadapkan agenda mesyuarat MPK NBD