FINAL ROUND OF THE NATIONAL PRIMARY SCHOOLS
ANTI-BULLYING DRAMA COMPETITION 2026
THURSDAY | 8 SAFAR 1448 | 23 JULY 2026
TUNGKU – The Ministry of Education, through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Secretariat Office of the Supreme Council of Malay Islamic Monarchy (MIB) and the Academy of Brunei Studies, Universiti Brunei Darussalam (UBD), today organised the National Primary Schools Anti-Bullying Drama Competition 2026, held at the Pro-Chancellor Arts Centre, Universiti Brunei Darussalam.
Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation ceremony was Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Education, Brunei Darussalam.




A total of 21 primary schools under the Ministry of Education, as well as schools under the Ministry of Religious Affairs participated in the competition, represented by a team of seven (7) students, of which seven schools successfully advanced to the final round held today.
The winner for the competition was Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah with the title Kod Ukwah 2035:Generasi Tanpa Buli, and Sekolah Rendah Labu Estate with the title Banteras Buli as the runner-up followed by Ma’had Islam Brunei with the title BBB: Belia Benci Buli. The Best Male Actor award went to Yang Mulia Awang Mohd Sufi Harraz bin Salleh/Mohd Hanizam from Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, while the Best Female Actor award was Yang Mulia Dayangku Amanda Nayla bte Pg Mohammad Sallehuddin from Riverside School Kampung Masin. For the Best Script category, the award went to Ma’had Islam Brunei written by Yang Mulia Awang Hj Muhammad Zuwaini bin Hj Aliyani titled BBB: Belia Benci Buli.
The competition was organised to provide students with an opportunity to express their understanding of the issue of bullying in a more meaningful and creative manner. It also aims to instil early awareness among students of the causes and adverse effects of bullying, while fostering positive values and encouraging them to reject bullying in their daily lives. Through this initiative, the competition seeks to contribute to the development of a safe, peaceful and conducive school environment.
_____________________________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN DRAMA ANTI-BULI
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA TAHUN 2026
HARI KHAMIS | 8 SAFAR 1448 | 23 JULAI 2026
TUNGKU – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Pejabat Sekretariat, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini telah mengadakan Pertandingan Drama Anti-Buli Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro-Canselor, Universiti Brunei Darussalam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Pertandingan ini telah disertai oleh 21 buah sekolah, yang masing-masing diwakili oleh tujuh (7) orang pelajar, terdiri daripada sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Daripada keseluruhan penyertaan tersebut, tujuh buah sekolah berjaya melayakkan diri untuk bertanding di peringkat akhir.
Juara bagi pertandingan tersebut disandang oleh Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan tajuk drama Kod Ukwah 2035: Generasi Tanpa Buli, manakala Naib Juara ialah Sekolah Rendah Labu Estate dengan tajuk drama Banteras Buli, Semai Ukwah dan tempat ketiga ialah Ma’had Islam Brunei dengan tajuk drama BBB:Belia Benci Buli. Pelakon lelaki terbaik disandang oleh Yang Mulia Awang Mohd Sufi Harraz bin Salleh/Mohd Hanizam dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala pelakon terbaik perempuan disandang oleh Yang Mulia Dayangku Amanda Nayla bte Pg Mohammad Sallehuddin dari Sekolah Riversiide Kampung Masin. Bagi kategori skrip terbaik disandang oleh Ma’had Islam Brunei hasil tulis Yang Mulia Awang Hj Muhammad Zuwaini bin Hj Aliyani bertajuk BBB: Belia Benci Buli.
Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengekspresikan kefahaman mereka mengenai isu buli secara lebih mendalam dan kreatif. Di samping itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat menyemai kesedaran awal dalam kalangan pelajar tentang punca serta kesan negatif perbuatan buli, sekali gus memupuk nilai-nilai murni dan menggalakkan mereka menolak budaya buli dalam kehidupan seharian. Usaha ini turut bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang aman, selamat dan sejahtera.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/104 (NWM)
Tarikh: 8 Safar 1448 / 23 Julai 2026