Monday | 5 Safar 1448 | 20 July 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Scholarship Management Department, today held the Opening Ceremony for the Tarbiyyah Al-Ihsan Course at Multipurpose Hall, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.

Present as the Guest of Honour to officiate the ceremony was Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Acting Director, Department of Scholarship Management, Ministry of Education.

The 4-day course was attended by 60 Students under the Government Overseas Scholarship Scheme, Education Loan Assistance Scheme (SBPP) under the Ministry of Education, Ministry of Religious Affairs and Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah scholar and Private Student who are currently on semester break in the country.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, lead by Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran, a Ministry of Religious Affairs scholarship recipient currently pursuing a Bachelor’s degree in Fiqh and Usul at the University of Jordan, Hashemite Kingdom of Jordan.



The ceremony continued with the recitation of pledge by the students, followed by a dialogue session that provided them with an opportunity to share their experiences of studying abroad. The course also includes briefings and sharing sessions from government agencies and statutory body, as well as educational visits.
Through these activities, the course aims to re-emphasise the roles and responsibilities as a student and to instill noble values to be a more holistic individual in terms of morals, patriotism, self-awareness and readiness to face the future.
Also present at the ceremony were programme coordinators and officials from the Ministry of Education.
____________________
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS TARBIYYAH AL-IHSAN 2026
Hari Isnin | 5 Safar 1448 | 20 Julai 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pada hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Tarbiyyah Al-Ihsan di Bilik Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Pemangku Pengarah, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Negara Brunei Darussalam.
Kursus 4 hari ini disertai oleh seramai 60 orang pelajar luar negeri yang pulang bercuti ke tanah air di bawah Skim Biasiswa Kerajaan Ke Luar Negeri, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Biasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan pelajar persendirian.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran, pelajar penerima biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama
Majlis diikuti dengan bacaan ikrar oleh para pelajar, sebelum disusuli dengan sesi dialog yang memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman sepanjang menuntut di luar negara. Kursus ini turut merangkumi taklimat dan sesi kongsisama oleh agensi-agensi kerajaan serta badan-badan berkanun yang berkaitan, di samping lawatan sambil belajar.
Melalui pengisian tersebut, kursus ini bertujuan untuk menekankan semula peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar, di samping menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar agar lebih Syumul daripada segi akhlak, patriotik, kesedaran diri dan siap siaga menghadapi masa hadapan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah penyelaras program serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/114(WM/B)
Tarikh: 5 Safar 1448 / 20 Julai 2026