CLOSING CEREMONY
GUIDING CAMP 2026
THEME: “STEP OUT, FLY HIGH”
SATURDAY | 24 SAFAR 1448 | 8 AUGUST 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Uniformed and Services Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Girl Guides Association of Brunei Darussalam (PPPBD), today held the Closing Ceremony of the 2026 Guiding Camp at the Headquarters of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam, Kampung Anggerek Desa.

Present as the Guest of Honour to officiate the presentation of prizes to the winners, as well as certificates and badges to the participants, was Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Acting Director of Islamic Studies, Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs.
Also in attendance at the ceremony were Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Chief Commissioner of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam, and Yang Mulia Dayang Hajah Noriah binti Haji Dollah, Deputy Chief Commissioner of the Girl Guides Association of Brunei Darussalam.
A total of 56 Girl Guides and Ranger Guides from government secondary schools, colleges, sixth form centres under the Ministry of Education, and Arabic schools under the Department of Islamic Studies, the Ministry of Religious Affairs participated in the camp. The programme was organised by a committee comprising officers and staff from the Department of Co-Curriculum Education, members of the PPPBD Executive Committee, Girl Guide and Ranger Guide leaders (teacher supervisors), as well as young leaders from higher education institutions.


The 2026 Guiding Camp is a camping programme that adopts non-formal educational approaches through the patrol system to develop participants’ potential in terms of knowledge, skills, and character, in line with the objectives of the Girl Guide and Ranger Guide Programme. Carrying the theme “Step Out, Fly High”, the programme reflects the spirit of Guiding in empowering young women to be confident, resilient, and competitive, encouraging them to step forward, explore their full potential, and become future leaders who contribute to the nation’s development in support of Brunei Vision 2035.
To achieve these objectives, the programme focused on enhancing participants’ knowledge while strengthening their critical and creative thinking, communication, and collaboration skills. It also aimed to nurture disciplined, confident, proactive, and resilient individuals with strong leadership qualities and the ability to work effectively as part of a team.

Throughout the camp, participants engaged in a variety of activities designed to enhance their soft skills, instil the core values of guiding, and promote experiential learning. The programme also served as a platform to foster friendship, strengthen unity and cooperation, and encourage the exchange of experiences among Girl Guides and Ranger Guides from various educational institutions across the country.
________________________________________
MAJLIS PENUTUP
PERKAMPUNGAN KEPANDUAN 2026
TEMA: “STEP OUT, FLY HIGH“
HARI SABTU | 24 SAFAR 1448 | 8 OGOS 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Perkampungan Kepanduan 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggerek Desa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta penyampaian sijil dan lencana kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Norazrina binti Haji Sarbini, Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, serta Yang Mulia Dayang Hajah Noriah binti Haji Dollah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Perkampungan Kepanduan 2026 telah disertai oleh seramai 56 orang ahli Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer daripada sekolah-sekolah menengah, maktab, pusat tingkatan enam kerajaan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah Arab di bawah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Program ini dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Ahli Jawatankuasa Tadbir PPPBD, pemimpin (guru pengawas) Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer serta pemimpin muda daripada institusi pengajian tinggi (IPT).
Perkampungan Kepanduan merupakan program perkhemahan yang berteraskan kaedah pembelajaran tidak formal melalui sistem berkumpulan bagi membentuk potensi diri peserta secara menyeluruh, meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sahsiah, selaras dengan matlamat Program Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer. Bertemakan “Step Out, Fly High”, program ini mencerminkan aspirasi untuk memperkasa generasi muda wanita agar berani melangkah ke hadapan, berdaya saing, meneroka potensi diri serta menjadi pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, program ini memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pengetahuan peserta, di samping memperkukuh kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, komunikasi serta kolaborasi. Program ini juga bertujuan membentuk sahsiah peserta agar menjadi individu yang berdisiplin, berkeyakinan tinggi, proaktif, berdaya tahan serta mempunyai semangat kepimpinan dan kerja berpasukan yang cemerlang.
Sepanjang perkampungan tersebut, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang bagi memperkukuh kemahiran insaniah, memupuk nilai-nilai kepanduan serta menggalakkan pembelajaran secara pengalaman (experiential learning). Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer dari pelbagai institusi pendidikan di negara ini.