Tuesday | 5 Rabiulawal 1448 | 18 August 2026
LAMBAK KIRI – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services; the Department of Planning, Development and Research; and the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP) today held a Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam celebration at Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ), Kampung Lambak Kiri.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education, Ministry of Education.

The ceremony began with the presentation of wakaf contributions from officers and staff of the Ministry of Education, handed over by the Guest of Honour to Yang Mulia Imam Muhammad Wafiuddin bin Muhammad Wajeeh, Imam Grade III, STKRJ Kampung Lambak Kiri Mosque followed by a mass Maghrib prayer.

The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Guest of Honour, marking the start of the Dikir Syarafil Anam recitation. Following the mass Isyak prayer, the ceremony proceeded with the recitation of Dikir Marhaban and concluded with the Closing Prayer for the Dikir session, led by the Imam of STKRJ Kampung Lambak Kiri Mosque.

This ceremony is one of the Ministry of Education’s annual activities to enliven the Maulidur Rasul celebration by reciting selawat and praising the Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam as a gesture of devotion and gratitude for his contributions. Additionally, the ceremony aims to further enhance the celebration of Islamic holy days while strengthening the relationship between the officers and staff of the Ministry of Education and the mosque congregation.
Also in attendance at the ceremony were Permanent Secretary (Higher Education), Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretary, Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education, as well as members of the STKRJ Kampung Lambak Kiri Mosque Management Committee.

___________________________________________________________________________________________
MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI MASJID SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI, KAMPUNG LAMBAK KIRI
Hari Selasa | 5 Rabiulawal 1448 | 18 Ogos 2026
LAMBAK KIRI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan; serta Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) pada hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ), Kampung Lambak Kiri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan.
Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada Yang Mulia Imam Muhammad Wafiuddin bin Muhammad Wajeeh, Imam Tingkat III, Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri dan diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat majlis sebagai permulaan bacaan Dikir Syarafil Anam. Selepas menunaikan solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Penutup Majlis Dikir yang diketuai oleh Imam Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan kesyukuran atas jasa-jasa Baginda. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampung Lambak Kiri.
0 Comments