Wednesday | 13 Rabiualawal 1448 | 26 August 2026
LAMBAK KANAN – Ministry of Education through the Department of Schools Inspectorate conducted a course on the Enforcement of the Education Act (Chapter 210): Roles, Powers and Procedures for School Inspectors from 26 to 27 August 2026 at the Lifelong Learning Centre (L3C).

Present as the Guest of Honour for the first day was Yang Mulia Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Kepli, Director of Schools Inspectorate, Ministry of Education.

The course forms part of the Department’s ongoing efforts to consolidate existing understanding and align legal interpretation and operational practices in implementing Part X of the Education Act (Chapter 210).
The legal sessions were facilitated by officers from the Attorney General’s Chambers as well as officers from the Department of Administration and Services, Ministry of Education to facilitate inquiries concerning disciplinary matters and General Orders.

Through the implementation of this course, the Ministry of Education continues to strengthen its commitment to enhancing the governance of inspections in educational institutions, while ensuring that the duties and functions of school inspection are carried out efficiently and transparently, with integrity, and in accordance with applicable laws and regulations.

_______________________________________________________________
KURSUS PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN (PENGGAL 210): PERANAN, KUASA DAN TATACARA BAGI NAZIR SEKOLAH
Rabu | 13 Rabiualawal 1448| 26 Ogos 2026
LAMBAK KANAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah (JKSS) pada hari ini telah mengadakan Kursus Penguatkuasaan Akta Pendidikan (Penggal 210): Peranan, Kuasa dan Tatacara bagi Nazir Sekolah selama dua hari, bermula 26 hingga 27 Ogos 2026, bertempat di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C).
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada hari pertama bengkel berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Kepli, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JKSS untuk memantapkan kefahaman sedia ada serta menyelaraskan pentafsiran perundangan dan amalan kerja dalam pelaksanaan Bahagian X Akta Pendidikan (Penggal 210).
Sesi berkaitan perundangan telah dikendalikan oleh fasilitator daripada Pejabat Peguam Negara, manakala sesi soal jawab mengenai perkara-perkara berkaitan tatatertib dan Perintah-Perintah Am (General Orders) telah dikendalikan oleh pegawai daripada Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
Melalui penganjuran kursus ini, Kementerian Pendidikan terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan tadbir urus pemeriksaan institusi pendidikan serta memastikan tugas dan fungsi kenaziran dilaksanakan secara cekap, telus, berintegriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
0 Comments