Tuesday | 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services, the Department of Planning, Development and Research, and the Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, today held a Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Celebration at Main Hall, Ministry of Education.
Present as the Guest of Honour at the ceremony was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and followed by the recitation of Al-Quran verses by Yang Mulia Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, followed by a Special Talk entitled ‘Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Murabbi Ummah: Memperkukuh Aqidah, Membentuk Akhlak dan Memperkasa Pendidikan’ by Yang Mulia Ustaz Muhammad Safwan bin Mohammad Suffian, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah. The ceremony continued with the recitation of Dikir Marhaban, led by a dikir group comprising officers and staff from the Ministry of Education. This was followed by the presentation of a token of appreciation to the invited speaker by the Guest of Honour, before the event concluded with the recitation of the closing prayer.

The celebration is a major Islamic celebration that is commemorated by the Ministry of Education annually to express gratitude to Allah Subhanahu Wata’ala and deepened the devotion to our Prophet Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. The theme for this year’s celebration is ‘Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’.

Also present were the Permanent Secretary (Core Education), Vice Chancellors, Deputy Permanent Secretaries, as well as Heads of Departments, officers and staff from the Ministry of Education.

__________________________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1448/2026
Hari Selasa |19 Rabiulawal 1448 |1 September 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan serta Pusat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada hari ini bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan.
Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan dan diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Murabbi Ummah: Memperkukuh Aqidah, Membentuk Akhlak dan Memperkasa Pendidikan’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Safwan bin Mohammad Suffian, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah. Majlis diteruskan lagi dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh kumpulan dikir yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.
Majlis ini merupakan salah satu acara hari-hari kebesaran Islam yang diraikan oleh Kementerian Pendidikan pada setiap tahun bagi merafakkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Majlis sambutan pada tahun ini membawa tema ‘Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.
0 Comments