Saturday | 23 Rabiualawal 1448 | 5 September 2026
LAMBAK KANAN – The Ministry of Education, through the Centre for the Development of Gifted and Talented Education (EDGE), Department of Special Education, organised the EDGE Student Induction Programme for the 2026/2027 academic session at the Lifelong Learning Centre (L3C).
The programme is intended for 38 new EDGE students under the Secondary Scholarship Scheme for Years 7 to 11 at international schools, as well as the Pre-University Scholarship Scheme for ‘A’ Level and International Baccalaureate (IB) Diploma programmes. The scholarships are provided under the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam Local Scholarship Scheme.

The programme commenced with welcoming remarks by Yang Mulia Hajah Nor Amy Hamimah binti Haji Matamit, Head of EDGE, followed by a briefing delivered by Yang Mulia Dayang Rozi-Suzanah binti Yatab, EDGE Officer.
The programme continued with a range of activities facilitated by EDGE students, including an experience-sharing session and a Hopes and Expectations workshop led by EDGE officers.

This was followed by a sharing session and motivational forum featuring invited speaker Yang Mulia Dayang Nurul Izyan binti Anver, recipient of the 2025 Youth Service Award. The programme concluded with the collective recitation of the students’ pledge.

The induction programme aimed to prepare students mentally, physically, emotionally and socially to help them adapt to the learning systems and environments at Jerudong International School (JIS) and International School Brunei (ISB). The programme also aims to provide students with a better understanding of their roles and responsibilities as recipients of Government Scholarships, as well as the expectations of the Ministry of Education.

_______________________________________________________________
PROGRAM INDUKSI PELAJAR EDGE SESI 2026/2027
Hari Sabtu | 23 Rabiualawal 1448 | 5 September 2026
LAMBAK KANAN – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat (EDGE), Jabatan Pendidikan Khas telah mengadakan Program Induksi Pelajar EDGE Sesi 2026/2027 bertempat di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C).
Program tersebut dikhususkan kepada seramai 38 orang pelajar EDGE baharu di bawah Skim Biasiswa Menengah Tahun 7 hingga 11 ke Sekolah-Sekolah Antarabangsa dan Skim Biasiswa Pra-Universiti Peringkat ‘A’ Level/International Baccalaureate Diploma (IB) di bawah Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dalam Negeri.
Program Induksi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Hajah Nor Amy Hamimah binti Haji Matamit, Ketua EDGE. Seterusnya, para peserta turut mendengarkan taklimat daripada Yang Mulia Dayang Rozi-Suzanah binti Yatab, Pegawai EDGE.
Acara diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh Pelajar-Pelajar EDGE, termasuk sesi perkongsian pengalaman dan bengkel: Hopes and Expectations yang dibimbing oleh pegawai EDGE. Program disusuli dengan forum kongsisama dan motivasi daripada penceramah undangan, Yang Mulia Dayang Nurul Izyan binti Anver, Penerima Anugerah Belia Berkhidmat 2025. Program Induksi ini diakhiri dengan pembacaan Ikrar pelajar secara beramai-ramai.
Program tersebut bertujuan untuk memberi kesediaan kepada para pelajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial agar dapat menyesuaikan diri dengan sistem dan persekitaran pembelajaran di Jerudong International School (JIS) dan International School Brunei (ISB). Program Induksi ini juga berhasrat untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai penerima Biasiswa Kerajaan serta harapan Kementerian Pendidikan terhadap mereka.
0 Comments