Home 5 Press Releases 5 MITSUBISHI ASIAN CHILDREN’S ENIKKI FESTA 2024-2025 AWARD PRESENTATION CEREMONY

MITSUBISHI ASIAN CHILDREN’S ENIKKI FESTA 2024-2025 AWARD PRESENTATION CEREMONY

Sep 9, 2026 | Press Releases | 0 comments

TUESDAY | 26 RABIULAWAL 1448 | 8 SEPTEMBER 2026

GADONG – The Department of Co-Curriculum Education, through the Arts and Creativity Division, today held the Mitsubishi Asian Children’s Enikki Festa 2024-2025 Award Presentation Ceremony to recognise students who achieved a Top 50 ranking in the competition at the national level. The ceremony was held at the Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, Abdul Razak Complex, Gadong.

Present as the Guest of Honour to officiate the award presentation was Her Excellency Miura Keiko, Deputy Chief of Mission and Counsellor of the Japanese Embassy in Brunei Darussalam.

A total of 267 students, comprising 70 male students and 197 female students, from 37 government and private primary schools under the Ministry of Education, as well as Arabic schools under the Ministry of Religious Affairs, participated in the national-level competition.

Out of that total, 50 students were selected to receive recognition in the form of prizes and certificates for the 2024-2025 session, with eight (8) of the top entries receiving recognition according to their category and 42 entries as consolation prize recipients. The recipients of the recognition were as follows:

  1. Awangku Aisy Athallah bin Pengiran Md Irwana Termizan, recipient of the Grand Prix Awards;
  2. Awang Muhammad Aaqib Irfan bin Muhammad Aryan Iqram, recipient of the Mitsubishi Public Affairs Committee Award;
  3. Dayang Raihana binti Haji Mohd Bashir, recipient of the Asian Pacific Federation of UNESCO Clubs and Associations Award; and
  4. Dayang Bethany Ng Shi Ning, recipient of the National Federation of UNESCO Associations in Japan Award;

Meanwhile, the four (4) recipients of the Excellent Award were Dayang Chin Si Ying, Dayang Khairun Nisa binti Rusli, Dayang Nurdamia Batrisya binti Yusrin, and Dayang Fisoffil ‘Ulya binti Mohammad Farizal. The Grand Prix winner also received the award and certificate at an international-level ceremony held in Japan in August 2025.

The Mitsubishi Asian Children’s Enikki Festa is held biennially and is open to children aged between six and twelve years old at the time of the competition. The competition consists of two stages of selection, namely the national selection and international selection.

At the national selection stage, the organising committee in each participating country selects outstanding entries to be submitted for the international selection, based on the number of entries determined by the organisers. The International Selection is subsequently conducted in Japan to select the winners of the Grand Prix, Organisers’ Awards, and Excellence Awards.

“Enikki”, or Illustrated Diaries, portrays daily events and reflections through drawings accompanied by essays or short stories. The Enikki competition is organised internationally by the Mitsubishi Public Affairs Committee, Asian Pacific Federation of UNESCO Clubs and Associations, and National Federation of UNESCO Associations in Japan. The competition not only provides students with an opportunity to express their thoughts, experiences and creativity through art and writing, but also encourages them to share their perspectives and everyday experiences through their creative works.

_________________________________________

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
MITSUBISHI ASIAN CHILDREN’S ENIKKI FESTA 2024-2025

HARI SELASA | 26 RABIULAWAL 1448 | 8 SEPTEMBER 2026

GADONG – Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Mitsubishi Asian Children’s Enikki Festa 2024-2025 bagi meraikan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan ‘50 teratas’ (Top 50) dalam pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan. Majlis tersebut berlangsung di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, Abdul Razak Complex, Gadong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para penerima ialah Puan Yang Terutama Miura Keiko, Timbalan Ketua Misi dan Kaunselor Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam.

Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 267 orang pelajar, terdiri daripada 70 orang pelajar lelaki dan 197 orang pelajar perempuan, dari 37 buah sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Sekolah Arab di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama di peringkat kebangsaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 50 orang pelajar telah terpilih untuk menerima pengiktirafan berupa hadiah dan sijil bagi sesi 2024-2025 iaitu lapan (8) penyertaan terbaik telah menerima pengiktirafan mengikut kategori dan 42 penyertaan sebagai penerima hadiah saguhati. Penerima-penerima pengiktirafan adalah seperti:

1.           Awangku Aisy Athallah bin Pengiran Md Irwana Termizan penerima Grand Prix Awards;

2.           Awang Muhammad Aaqib Irfan bin Muhammad Aryan Iqram penerima Mitsubishi Public     Affairs Committee Award;

3.           Dayang Raihana binti Haji Mohd Bashir penerima Asian Pacific Federation of UNESCO              Clubs and Associations Award, dan

4.           Dayang Bethany Ng Shi Ning penerima National Federation of UNESCO Associations in           Japan Award;

Manakala empat (4) orang penerima Excellent Award adalah Dayang Chin Si Ying, Dayang Khairun Nisa binti Rusli, Dayang Nurdamia Batrisya binti Yusrin dan Dayang Fisoffil ‘Ulya binti Mohammad Farizal. Pemenang Grand Prix turut menerima hadiah dan sijil dalam satu majlis peringkat antarabangsa yang telah diadakan di Jepun pada bulan Ogos 2025.

Pertandingan Mitsubishi Asian Children’s Enikki Festa dianjurkan setiap dua tahun dan dibukakan kepada pelajar-pelajar yang berumur antara enam (6) hingga dua belas (12) tahun sewaktu pertandingan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) peringkat saringan, iaitu saringan kebangsaan dan saringan antarabangsa.

Pada peringkat saringan kebangsaan, komiti di setiap negara yang mengambil bahagian akan memilih penyertaan cemerlang untuk dihantar ke saringan antarabangsa mengikut jumlah yang ditentukan oleh pihak penganjur. Manakala, saringan antarabangsa dijalankan bagi memilih pemenang Grand Prix, Organizers’ Awards dan Excellence Awards di Jepun.

“Enikki” atau Illustrated Diaries menggambarkan peristiwa harian serta bayangan pemikiran dalam bentuk lukisan dan karangan atau cerita pendek. Pertandingan Enikki ini dianjurkan di peringkat antarabangsa oleh Mitsubishi Public Affairs Committee, Asian Pacific Federation of UNESCO Clubs and Associations dan National Federation of UNESCO Associations in Japan. Pertandingan ini bukan sahaja memberikan ruang kepada para pelajar untuk mengekspresikan pengalaman, pemikiran dan kreativiti mereka melalui lukisan serta penulisan, malah turut menggalakkan mereka untuk berkongsi perspektif dan pengalaman kehidupan seharian melalui karya seni yang dihasilkan.

Check out these related post also…

0 Comments