Home 5 Press Releases 5 COMMEMORATIVE TREE PLANTING CEREMONY: CENTENARY OF SCHOOL INSPECTION IN BRUNEI DARUSSALAM

COMMEMORATIVE TREE PLANTING CEREMONY: CENTENARY OF SCHOOL INSPECTION IN BRUNEI DARUSSALAM

Oct 1, 2026 | Press Releases

Thursday | 19 Rabiulakhir 1448 | 1 October 2026

BELAIT – The Ministry of Education, through the Department of Schools Inspectorate (JKSS), today held a Tree Planting Ceremony in conjunction with the Centenary of School Inspection in Brunei Darussalam. The ceremony took place at the Concourse of Belait Sixth Form Centre.

The tree planting was officiated by Yang Mulia Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Kepli, Director of Schools Inspectorate, together with Yang Mulia Dayang Chin Ai Fong, Principal of Belait Sixth Form Centre, as the host school for the ceremony. The Director of Schools Inspectorate then presented the saplings to school leaders from the selected schools for planting at their respective schools as part of the initiative to commemorate 100 years of school inspection.

The ceremony was one of the initiatives held to commemorate 100 years of school inspection in Brunei Darussalam, which began in 1926. A total of 100 Ubah Merah saplings have been prepared for planting at 100 selected schools across the country, with one sapling allocated to each school.

The planting of 100 saplings carries significant symbolism, representing one tree for each year of school inspection. It also reflects the journey, continuity and contribution of the inspectorate in developing and raising the quality of education in Brunei Darussalam.

School inspection is a key element of Brunei Darussalam’s education system, ensuring that the quality of teaching and learning is continually monitored, evaluated and improved. It also serves as a quality assurance mechanism through monitoring, evaluation and the provision of professional support to schools and educators.

THE SYMBOLISM OF 100 SAPLINGS

The decision to plant 100 Ubah Merah saplings at 100 schools conveys a message of continuity, growth and sustainability.

Just as a tree needs continuous care to grow and flourish, an education system requires ongoing monitoring, evaluation, support and improvement to ensure that the quality of education is sustained.

Through this initiative, each school receiving a sapling not only becomes part of the centenary celebration but also a place where this symbol of history can be preserved for future generations.

The Centenary of School Inspection in 2026 marks a historic milestone for the inspectorate in Brunei Darussalam. It is an opportunity to honour the contributions and service of past school inspectors, and it reflects JKSS’s continuing commitment to supporting efforts to raise the quality and standards of education in the country.

______________________________________

MAJLIS PENANAMAN ANAK POKOK
SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN PENAZIRAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Hari Khamis| 19 Rabiulakhir 1448 | 1 Oktober 2026

BELAIT – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah (JKSS), hari ini telah mengadakan Majlis Penanaman Anak Pokok Sempena Sambutan 100 Tahun Penaziran di Negara Brunei Darussalam, bertempat di Ruang Legar, Pusat Tingkatan Enam Belait.

Acara penanaman tersebut disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Kepli, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah bersama Yang Mulia Dayang Chin Ai Fong, Pengetua Pusat Tingkatan Enam Belait, selaku sekolah tuan rumah bagi majlis tersebut. Seterusnya, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah menyampaikan anak-anak pokok berkenaan kepada para pemimpin sekolah daripada sekolah-sekolah terpilih untuk ditanam di sekolah masing-masing sebagai sebahagian daripada inisiatif memperingati sambutan 100 tahun penaziran.

Majlis ini merupakan salah satu inisiatif sempena memperingati genap 100 tahun penaziran di Negara Brunei Darussalam, yang bermula pada tahun 1926. Sebanyak 100 batang anak pokok Pohon Ubah Merah disediakan untuk ditanam di 100 buah sekolah terpilih di seluruh negara, dengan setiap sekolah menerima satu anak pokok.

Penanaman 100 batang anak pokok tersebut membawa erti simbolik yang signifikan, iaitu satu pokok bagi setiap tahun penaziran, sekali gus mencerminkan perjalanan, kesinambungan dan sumbangan institusi penaziran dalam pembangunan serta peningkatan mutu pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

Institusi penaziran merupakan salah satu elemen penting dalam sistem pendidikan Negara Brunei Darussalam yang berperanan dalam memastikan mutu pembelajaran dan pengajaran sentiasa dipantau, dinilai dan ditambah baik. Penaziran juga berfungsi sebagai mekanisme jaminan kualiti melalui pemantauan, penilaian serta pemberian sokongan profesional kepada sekolah dan para pendidik.

SIMBOLIK 100 ANAK POKOK

Pemilihan penanaman 100 batang anak pokok Pohon Ubah Merah di 100 buah sekolah membawa mesej mengenai kesinambungan, pertumbuhan dan kelestarian.

Sebagaimana sebatang pokok memerlukan penjagaan yang berterusan untuk tumbuh dan berkembang, sistem pendidikan juga memerlukan pemantauan, penilaian, sokongan dan penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan kualiti pendidikan terus dipelihara.

Melalui inisiatif ini, setiap sekolah yang menerima anak pokok tersebut bukan sahaja menjadi sebahagian daripada sambutan 100 tahun penaziran, malah turut menjadi tempat di mana simbolik sejarah tersebut dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Sambutan 100 Tahun Penaziran pada tahun 2026 menjadi satu detik bersejarah dalam perjalanan institusi penaziran di Negara Brunei Darussalam. Ia bukan sahaja menjadi wadah untuk mengenang sumbangan dan jasa para nazir sekolah terdahulu, tetapi juga mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam mendukung usaha meningkatkan mutu dan standard pendidikan negara.

Check out these related post also…

0 Comments