SUNDAY | 22 RABIULAKHIR 1448 | 4 OCTOBER 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Co-Curriculum Education, in its capacity as the Sports Events Committee for the Teachers’ Day Celebration, today held the Ten Pin Bowling Tournament in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 at Golden Bowling, The Airport Mall.
Present as the Guest of Honour at the event and officiated the presentation of prizes was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Acting Minister of Education, Ministry of Education.

The tournament was divided into 4 categories: Male VIP Category with 23 participants, Female VIP Category with 10 participants, the Male Team Category featuring 36 teams, and the Female Team Category with 40 teams. Participation in this tournament was open to officers and staff, including educators currently serving under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs, particularly from the Department of Islamic Studies, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) and Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The winner of the Men’s VIP Category competition was Dr Mohamad Khairul bin Haji Matusin, while the runner-up was Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin and third place was Julaihi bin Mohamad. The winner of the Women’s VIP Category was Hajah Mastura bte Haji Sulaiman, while the runner-up was Pengiran Dr Seri Rahayu binti Pengiran Ya’akub and third place was Hajah Joanna Binti Haji Yacob.

The winner of the Men’s Team Category competition was JPI BOWLERS, while the runner-up was BOWLING 3 RASA and third place was THE 10TH PIN. The winner of the Women’s Team Category was AN NAJAAH ROLLERS, while the runner-up was PIN DOLLS and third place was UBD SRIKANDI STRIKERS. The Ten Pin Bowling Tournament is one of the sports and recreational activities organised to enliven the 36th Teachers’ Day Celebration 2026. Among the objectives of this tournament is to encourage staff from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs to actively participate and compete in sports. Additionally, the tournament aims to foster a spirit of harmony and bond between the two ministries.



____________________________________________________________________________
KEJOHANAN TEN PIN BOWLING
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36, TAHUN 2026
HARI AHAD | 22 RABIULAKHIR 1448 | 4 OKTOBER 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum selaku Jawatankuasa Acara-Acara Sukan bagi Sambutan Hari Guru, pada hari ini telah mengadakan Kejohanan Ten Pin Bowling Sempena Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 bertempat di Golden Bowling, The Airport Mall.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Pemangku Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan.
Kejohanan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori VIP Lelaki dengan penyertaan seramai 23 peserta, Kategori VIP Perempuan dengan 10 peserta, Kategori Berpasukan Lelaki disertai 36 pasukan dan Kategori Berpasukan Perempuan dengan penyertaan 40 pasukan. Penyertaan bagi kejohanan ini telah dibukakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama khususnya daripada Jabatan Pengajian Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juara pertandingan bagi Kategori VIP Lelaki disandang oleh Dr Mohamad Khairul bin Haji Matusin, manakala naib juara ialah Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin dan tempat ketiga ialah Julaihi bin Mohamad. Juara bagi Kategori VIP Perempuan disandang oleh Hajah Mastura bte Haji Sulaiman, manakala naib juara ialah Pengiran Dr Seri Rahayu binti Pengiran Ya’akub dan tempat ketiga ialah Hajah Joanna Binti Haji Yacob.
Juara pertandingan bagi Kategori Berpasukan Lelaki disandang oleh JPI BOWLERS, manakala naib juara ialah BOWLING 3 RASA dan tempat ketiga ialah THE 10TH PIN. Juara bagi Kategori Berpasukan Perempuan disandang oleh AN NAJAAH ROLLERS, manakala naib juara ialah PIN DOLLS dan tempat ketiga ialah UBD SRIKANDI STRIKERS. Kejohanan Ten Pin Bowling ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026. Antara tujuan kejohanan ini adalah untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bergiat aktif serta berdaya saing dalam sukan. Selain itu, kejohanan ini diharap dapat memupuk semangat harmoni dan silaturrahim dalam kalangan kedua-dua kementerian tersebut.




0 Comments