Home 5 Press Releases 5 HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY 2026 IN IWATE, JAPAN

HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY 2026 IN IWATE, JAPAN

Oct 17, 2026 | Press Releases

HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY 2026 IN IWATE, JAPAN

17 UNTIL 22 OCTOBER 2026

Friday| 5 Jamadilawal 1448H | 16 October 2026

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Schools, has coordinated the participation of three Year 9 students and one teacher from Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman to take part in the High School Students Summit on World Tsunami Awareness Day 2026, held from 17 to 22 October 2026 at Iwate Prefecture, Japan.

Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Acting Senior Special Duties Officer (Professional), Department of Schools, Ministry of Education.

The students representing Brunei Darussalam are Awang Muhammad Haziq Aiman bin Haji Mohd Noorsahariman, Awang Muhammad Aqeef Fathullah bin Mohd Fadhillah and Dayang Husnaa Zafirah binti Mohamad Yusdy, accompanied by their teacher, Hajah Norhidawati binti Haji Tompal, Education Officer as the head of delegation.

Brunei Darussalam is among 13 Asia-Pacific nations invited to participate in the programme, alongside delegations from Cambodia, the Federated States of Micronesia, Fiji, Indonesia, Laos, Malaysia, the Philippines, Republic of Korea, Singapore, Thailand, the United States of America, and Vietnam. A total of 63 Japanese high school students will also attend the summit.

The international programme aims to deepen understanding of the history of tsunamis in Japan and to explore efforts in Disaster Risk Reduction (DRR). It also seeks to enhance global awareness of tsunami threats and other natural hazards. In addition, the programme focuses on developing youth leadership, particularly in areas of preparedness and community resilience, while strengthening relationships and knowledge exchange between Japanese and international students. The programme also emphasises the importance of global cooperation in accordance with the Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030, in line with the United Nations’ (UN) efforts to reduce disaster risks worldwide.

Throughout the programme, participating students and accompanying teachers will have the opportunity to engage in a variety of activities, including a two-day Summit workshop, an orientation session in Wilayah Iwate, discussions with relevant stakeholders, as well as knowledge-sharing sessions with experts, community centres and DRR-related institutions. In addition, students will also have the chance to participate in educational visits to disaster-mitigation sites and locations affected by past tsunami events.

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Ministry of Education from the Department of Schools as well as parents and family members of the students.

_______________________________________________________________________________________________________

PROGRAM ‘HIGH SCHOOL STUDENTS SUMMIT ON WORLD TSUNAMI AWARENESS DAY’ 2026 DI IWATE, JEPUN

17 HINGGA 22 OKTOBER 2026

Hari Jumaat | 5 Jamadilawal 1448H | 16 October 2026M

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah telah menyelaras penyertaan bagi tiga orang pelajar Tahun 9 dan seorang guru dari Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman untuk menyertai ‘High School Students Summit on World Tsunami Awareness Day’ 2026. Program tersebut akan diadakan pada 17 hingga 22 Oktober 2026 di Wilayah Iwate, Jepun.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Pelajar-pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Awang Muhammad Haziq Aiman bin Haji Mohd Noorsahariman, Awang Muhammad Aqeef Fathullah bin Mohd Fadhillah dan Dayang Husnaa Zafirah binti Mohamad Yusdy, diiringi oleh guru mereka, Hajah Norhidawati binti Haji Tompal, Pegawai Pendidikan selaku ketua delegasi.

Negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah daripada 13 buah negara di rantau Asia Pasifik yang dijemput untuk menyertai program ini, bersama-sama delegasi dari Kemboja, Persekutuan Micronesia, Fiji, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Republik Korea, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, dan Vietnam. Selain itu, seramai 63 orang pelajar Jepun juga akan turut serta dalam sidang kemuncak berkenaan.

Program antarabangsa ini bertujuan untuk mendalami sejarah berlakunya tsunami di Jepun serta memahami usaha pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction – DRR). Program ini juga berperanan meningkatkan kesedaran global mengenai ancaman tsunami dan bencana lain, di samping memupuk kepimpinan belia khususnya dalam aspek kesiapsiagaan dan ketahanan komuniti. Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan serta perkongsian ilmu antara pelajar Jepun dan pelajar antarabangsa. Program ini turut menekankan nilai kerjasama global berlandaskan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015–2030, selaras dengan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dalam mengurangkan risiko bencana di seluruh dunia.

Sepanjang program tersebut, para pelajar bersama guru pembimbing akan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti, termasuk bengkel Summit selama dua hari, sesi orientasi di Wilayah Iwate, sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan, serta sesi perkongsian bersama pakar, pusat komuniti, dan institusi berkaitan DRR. Di samping itu, para pelajar turut berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi yang berkaitan dengan usaha mitigasi bencana serta kawasan yang pernah terjejas akibat kejadian tsunami.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/169 (NWM)

Tarikh: 5 Jamadilawal 1448 / 17 Ocotber 2026

Check out these related post also…

0 Comments