Friday | 26 Jamadilawal 1448 | 6 November 2026
BERAKAS – Two teams of secondary school students from Brunei Darussalam achieved success at the Young Inventors Challenge 2026, held on 4 November 2026. The Tech-Savvy team from Seri Mulia Sarjana School received the Gold Award, while the Nutriscanbuddy team from Sekolah Menengah Menglait was awarded the Bronze Award.
The Tech-Savvy team, represented by Arjun Suresh Kumar, John Christopher Padilla Espiritu and Muhammad Zaki bin Haji Mohammad Ja’afar, under the guidance of their supervising teacher, Rhoel C. Pacis, presented an Internet of Things (IoT)-based water quality management system. The integrated system enables real-time water quality monitoring and features notification and control functions accessible through mobile devices.
Meanwhile, the Nutriscanbuddy team, represented by Muhammad Nurul Syawali @ Syawal bin Zakaria, Rayyan Iman bin Yusri, Nurkasih Erma Shareena binti Abdul Mu’min Mohammad Sabree, Nur Maisarah Khalisa binti Mazlan and Syahirah Hanim binti Mohd Sukaini, under the guidance of their two supervising teachers, Dr Rozaitul Azlin binti Matzani and Nurhazwani binti Hj Zakaria, presented an artificial intelligence (AI)-powered nutrition application. The application is designed to help users make more informed dietary choices and adopt healthier lifestyles by enabling them to scan food items and access information on calorie content, nutrients, allergens and halal status.
The Young Inventors Challenge 2026, held online, is a team-based innovation competition open to secondary school students aged between 13 and 17, with each team comprising two to five students. Centred on the theme of the Sustainable Development Goals (SDGs), the competition aims to encourage students to develop creative and innovative ideas while providing a platform to showcase their inventions at regional and international levels.
The competition seeks to foster a culture of innovation and creativity among students, stimulate their interest in invention and provide opportunities to showcase their innovations and prototypes. It also aims to strengthen students’ problem-solving skills by encouraging them to identify challenges and develop innovative solutions, while inspiring ideas that can make a positive contribution to society.
According to information provided by the organisers, the competition received a total of 407 entries, of which 32 teams were shortlisted for the final round. Of the total entries received, 15 were from Brunei Darussalam.
The competition was organised by the Association of Science, Technology and Innovation (ASTI), Malaysia, and coordinated through the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), Ministry of Education, Brunei Darussalam.

_____________________________
YOUNG INVENTORS CHALLENGE (YIC) 2026
Hari Jumaat | 26 Jamadilawal 1448 | 6 November 2026
BERAKAS – Dua kumpulan pelajar dari sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam telah meraih kejayaan dalam pertandingan Young Inventors Challenge 2026 yang berlangsung pada 4 November 2026. Kumpulan Tech-Savvy dari Seri Mulia Sarjana School berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award), manakala kumpulan Nutriscanbuddy dari Sekolah Menengah Menglait memperoleh Anugerah Gangsa (Bronze Award).
Kumpulan Tech-Savvy yang diwakili oleh Arjun Suresh Kumar, John Christopher Padilla Espiritu dan Muhammad Zaki bin Haji Mohammad Ja’afar, di bawah bimbingan guru pengawas, Rhoel C. Pacis, telah membentangkan projek berupa sistem pengurusan kualiti air berasaskan teknologi Internet of Things (IoT). Sistem bersepadu ini membolehkan pemantauan kualiti air secara masa nyata serta dilengkapi dengan fungsi pemberitahuan dan kawalan melalui peranti mudah alih.
Sementara itu, kumpulan Nutriscanbuddy yang diwakili oleh Muhammad Nurul Syawali @ Syawal bin Zakaria, Rayyan Iman bin Yusri, Nurkasih Erma Shareena binti Abdul Mu’min Mohammad Sabree, Nur Maisarah Khalisa binti Mazlan dan Syahirah Hanim binti Mohd Sukaini, di bawah bimbingan dua orang guru pengawas, iaitu Dr Rozaitul Azlin binti Matzani dan Nurhazwani binti Hj Zakaria, telah membentangkan projek aplikasi pemakanan berasaskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI). Aplikasi ini direka untuk membantu pengguna membuat pilihan pemakanan yang lebih bijak ke arah mengamalkan gaya hidup sihat melalui fungsi imbasan makanan yang menyediakan maklumat mengenai kandungan kalori, nutrien, alergen serta status halal makanan berkenaan.
Pertandingan Young Inventors Challenge 2026 yang diadakan secara dalam talian merupakan pertandingan reka cipta secara berkumpulan yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun, dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang pelajar. Bertemakan Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Mampan, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghasilkan idea dan inovasi kreatif serta menyediakan platform bagi mengetengahkan hasil reka cipta mereka di peringkat serantau dan antarabangsa.
Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar, menggalakkan minat terhadap bidang reka cipta serta memberikan peluang kepada mereka untuk mempamerkan hasil inovasi dan prototaip yang dihasilkan. Selain itu, pertandingan ini turut bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar dalam mengenal pasti cabaran dan menghasilkan penyelesaian yang inovatif, di samping menggalakkan penghasilan idea yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.
Menurut maklumat yang dikongsikan oleh pihak penganjur, pertandingan ini telah menerima sebanyak 407 penyertaan, dengan 32 kumpulan berjaya disenarai pendek untuk mara ke peringkat akhir. Daripada jumlah keseluruhan penyertaan tersebut, sebanyak 15 penyertaan adalah dari Negara Brunei Darussalam.
Pertandingan ini dianjurkan oleh The Association of Science, Technology and Innovation (ASTI), Malaysia dan diselaraskan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.




0 Comments