Theme: ‘Every Learner Safe and Well: From Promise to Practice’
Monday | 29 Jamadilawal 1448H | 9 November 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education today held the B.E.S.T. Symposium 2026 (Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab) at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Present as the Guest of Honour at the symposium was Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Education.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division, Ministry of Education, followed by welcoming remarks delivered by Yang Mulia Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, Acting Head of Counselling Division, Ministry of Education, in his capacity as Co-Chairperson of the event. This event then proceeded with an address from the Guest of Honour.
The morning session featured a keynote address by Yang Mulia Professor Dr Mansor Abu Talib, FASc, from the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam, entitled ‘From B.E.S.T to B.E.L.A: Ensuring Every Learner is Safe and Well’. This was followed by an online keynote address by Yang Mulia Associate Professor Dr Ipah Saripah, M.Pd, Head of the Guidance and Counselling Study Programme, Faculty of Educational Sciences, Universitas Pendidikan Indonesia, entitled ‘From Promise to Practice: Mobilising Schools, Families and Communities to Combat Bullying’.
The afternoon session featured a sharing session by Cyber Security Brunei (CSB), delivered by Yang Mulia Ida Frida Abu, Cybersecurity Analyst and Cybersecurity Awareness Trainer, entitled ‘A Simulation on How to Address Cyberbullying’. This was followed by a sharing session from the Royal Brunei Police Force (RBPF) entitled ‘Stop Bullying: A Shared Effort and Responsibility,’ delivered by Yang Mulia P/ASP Dk Noorasyiqin Pg Dato Haji Sallehuddin, Investigating Officer at the Women and Child Abuse Criminal Investigation Unit, Criminal Investigation Department.
This year’s B.E.S.T. Symposium, themed ‘Every Learner Safe and Well: From Promise to Practice’ is an initiative by the Ministry of Education, jointly organised by the Department of Schools and the Counselling Division. The symposium aims to raise awareness of bullying and its impact; providing insights into prevention and intervention strategies; promoting a safe school and community culture; and strengthening collaboration among agencies and professionals to develop measurable action plans.
Also in attendance at the symposium were Head of Departments from the Ministry of Education, penghulu mukim, village heads, school leaders, representatives from law enforcement agencies, as well as school counsellors.







______________________________________________
SIMPOSIUM B.E.S.T. KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2026
Tema: ‘Setiap Pelajar Selamat dan Sejahtera: Dari Janji Kepada Amalan‘
Hari Isnin | 29 Jamadilawal 1448H | 9 November 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Simposium B.E.S.T. (Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab) bagi Tahun 2026, bertempat di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada simposium ini ialah Yang Mulia Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, selaku Pengerusi Bersama Majlis. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis.
Pada sebelah pagi, simposium diisikan dengan ucaptama daripada Yang Mulia Profesor Dr Mansor Abu Talib, FASc, dari Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam dengan tajuk ‘Dari B.E.S.T ke B.E.L.A: Memastikan Setiap Pelajar Selamat dan Sejahtera’ Kemudian dikuti dengan ucaptama secara dalam talian bersama Yang Mulia Associate Professor Dr Ipah Saripah, M.Pd Head of Guidance and Counseling Study Program, Faculty of Educational Sciences, Universitas Pendidikan Indonesia dengan tajuk ‘Daripada Janji Kepada Amalan: Mengembleng Sekolah, Keluarga dan Komuniti Menentang Buli’.
Pada sebelah petang, simposium diisikan dengan kongsisama daripada Sekuriti Siber Brunei yang disampaikan oleh Yang Mulia Ida Frida Abu, Penganalisa Keselamatan Siber, Jurulatih Kesedaran Keselamatan Siber dengan tajuk ‘Simulasi Cara Menangani Buli Siber’ dan seterusnya diikuti dengan kongsisama daripada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei yang bertajuk ‘Hentikan Membuli: Usaha dan Tanggungjawab Bersama’ yang disampaikan oleh Yang Mulia P/ASP Dk Noorasyiqin binti Pg Dato Haji Sallehuddin, Pegawai Penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
Simposium B.E.S.T. pada tahun ini yang bertemakan ‘Setiap Pelajar Selamat dan Sejahtera: Dari Janji Kepada Amalan‘’ merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Sekolah-Sekolah dan Bahagian Kaunseling. Simposium ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu buli dan kesannya; memberikan pendedahan tentang strategi pencegahan dan intervensi; menggalakkan budaya sekolah dan komuniti yang selamat; memperkukuh kerjasama antara agensi dan profesional, seterusnya menghasilkan cadangan tindakan yang boleh diukur. Turut hadir pada simposium berkenaan ialah ketua-ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan, penghulu mukim, ketua kampung, pemimpin sekolah, wakil agensi penguatkuasaan serta guru-guru kaunseling sekolah.




0 Comments