Tuesday| 30 Jamadilawal 1448H | 10 November 2026
GADONG – The Ministry of Education is hosting the Inaugural Southeast Asia Programme for International Student Assessment (PISA) Education Consortium 2026. The Consortium was officiated this morning at the Songket Ballroom, Rizqun International Hotel, Gadong.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Acting Minister of Education.
Also present was Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) at the Ministry of Education, as well as Ambassadors; Vice Chancellor and Rector; Deputy Permanent Secretaries; Heads of Departments at the Ministry of Education and representatives from the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Paris.
This includes invited delegates comprising Consortium Members from Brunei Darussalam, the Kingdom of Cambodia, the Republic of Indonesia, Malaysia, the Republic of the Philippines, the Republic of Singapore, the Kingdom of Thailand, and the Socialist Republic of Viet Nam; Observer Members comprising the Lao People’s Democratic Republic, the Republic of the Union of Myanmar, and the Democratic Republic of Timor-Leste; as well as Invited Countries from East Asia (with the highest PISA achievement), namely Japan, the Republic of South Korea and the People’s Republic of China.
The Consortium, taking place from 10 to 12 November 2026, is hosted by Brunei Darussalam as the inaugural host, with its implementation coordinated by the Department of Planning, Development and Research as well as the International Relations Division, Ministry of Education. It serves as a regional collaborative platform bringing together Southeast Asian countries and partner countries from East Asia to encourage the sharing of experiences, best practices and evidence-informed approaches towards enhancing educational quality and equity.
This year’s consortium is themed “Advancing Innovative and Sustainable Education: From PISA Evidence to Action”. This theme highlights the importance of translating the findings from PISA 2025 into meaningful actions to strengthen education systems that are more innovative, responsive, and sustainable.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by Welcoming Remarks delivered by Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, in her capacity as the PISA Governing Board Member for Brunei Darussalam. The ceremony proceeded with the Official Launch of the Inaugural Southeast Asia PISA Education Consortium 2026 by the Guest of Honour.
The ceremony was followed by keynote presentations delivered by Mr Andreas Schleicher, Director for Education and Skills at the OECD, Paris, through video recording, as well as Dr Miyako Ikeda, Senior Analyst at the OECD, Paris.
The first day’s programme also featured two plenary sessions themed ‘Best Practices and Key Learnings in Improving Education Outcomes’. These sessions highlighted insights from OECD experts and invited delegates, offering participating nations the opportunity to exchange strategies and approaches for improving educational outcomes.
The Consortium focuses on four key areas, namely Science Proficiency; Students’ Well-being and Learning Environment; Students’ Digital Interaction, including Artificial Intelligence (AI); and Climate Change and Environmental Challenges.
Through sharing sessions, dialogues, and interactive workshops, the consortium aims to strengthen regional cooperation, build capacity, and establish professional networks among participating nations to advance high-quality, inclusive, and sustainable education systems.








______________________________________________________
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KONSORTIUM PENDIDIKAN PISA ASIA TENGGARA
KALI PERTAMA TAHUN 2026, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hari Selasa | 30 Jamadilawal 1448 | 10 November 2026
GADONG – Kementerian Pendidikan buat julung kalinya menganjurkan Konsortium bagi Programme for International Student Assessment (PISA). Konsortium Pendidikan PISA Asia Tenggara Kali Pertama Tahun 2026 ini dibuka rasmi pagi tadi bertempat di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Pemangku Menteri Pendidikan.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan serta Duta-Duta Besar; Naib Canselor dan Rektor; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan dan wakil-wakil daripada Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Paris.
Ini termasuk delegasi-delegasi jemputan yang merangkumi Ahli-Ahli Konsortium yang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand, dan Republik Sosialis Viet Nam; Ahli-Ahli Pemerhati yang terdiri daripada Republik Demokratik Rakyat Lao, Republik Kesatuan Myanmar, dan Republik Demokratik Timor-Leste, serta Negara-negara Jemputan dari Asia Timur (dengan Pencapaian PISA Tertinggi) iaitu Jepun, Republik Korea Selatan, dan Republik Rakyat China.
Konsortium yang berlangsung pada 10 hingga 12 November 2026 ini dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah bagi edisi sulung konsortium berkenaan, dengan pelaksanaannya diselaraskan oleh Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan serta Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan. Konsortium ini merupakan satu platform kerjasama serantau yang menghimpunkan negara-negara Asia Tenggara serta negara-negara rakan dari Asia Timur bagi menggalakkan perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan berasaskan bukti dalam usaha meningkatkan kualiti dan kesaksamaan pendidikan.
Konsortium pada tahun ini bertemakan “Advancing Innovative and Sustainable Education: From PISA Evidence to Action”. Tema ini menekankan kepada kepentingan penggunaan bukti dan dapatan PISA 2025 sebagai asas dalam merangka dasar serta melaksanakan pendekatan pendidikan yang inovatif dan mampan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan Ucapan Alu-Aluan oleh Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, selaku Ahli Lembaga Tadbir PISA (PISA Governing Board) Negara Brunei Darussalam. Majlis diteruskan dengan Pelancaran Rasmi Konsortium Pendidikan PISA Asia Tenggara Kali Pertama Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.
Majlis diikuti dengan Pembentangan Utama daripada Mr. Andreas Schleicher, Pengarah Pendidikan dan Kemahiran melalui rakaman video, serta Dr. Miyako Ikeda, Pakar Analisis Kanan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi dari OECD, Paris.
Program konsortium pada hari pertama turut merangkumi dua Sesi Plenari yang bertemakan “Best Practices and Key Learnings in Improving Education Outcomes”. Sesi-sesi tersebut menampilkan perkongsian daripada pakar-pakar OECD dan delegasi-delegasi jemputan, yang memberi peluang kepada negara-negara peserta untuk berkongsi pengalaman serta pendekatan dalam meningkatkan hasil pendidikan.
Konsortium ini turut memberi tumpuan kepada empat bidang utama, iaitu Kecekapan Sains (Science Proficiency); Kesejahteraan Pelajar dan Persekitaran Pembelajaran (Students’ Well-being and Learning Environment); Interaksi Digital Pelajar termasuk Kecerdasan Buatan (Students’ Digital Interaction including AI) serta Perubahan Iklim dan Cabaran Alam Sekitar (Climate Change and Environmental Challenges).
Melalui sesi perkongsian, dialog dan bengkel interaktif, konsortium ini diharap dapat memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan kapasiti serta membina rangkaian profesional dalam kalangan negara peserta ke arah memajukan sistem pendidikan yang berkualiti, inklusif dan mampan.




0 Comments