PREMIER LECTURE OF THE KNOWLEDGE CONVENTION 2026
Saturday| 4 Jamadilakhir 1448 | 14 November 2026
BERAKAS – Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman today graced the Premier Lecture of the Knowledge Convention 2026 in conjunction with the 80th Birthday Celebrations of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Plenary Hall, International Convention Centre.
Also present at the ceremony was Her Royal Highness Princess Hajah Masna, Ambassador-at-Large at the Ministry of Foreign Affairs.

The arrival of Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah was greeted by Co-Chairpersons of the Steering Committee for the Knowledge Convention 2026, and their spouses, as well as Members of the Working Committee for Premier Talk, Knowledge Convention 2026.

The event began with the recitation of Surah al-Fatihah led by Ustazah Ernalisa@Hanisah ‘Aqilah binti Haji Shaheed, Senior Religious Education Officer, Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs.

The event proceeded with a welcoming address by Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Attorney General, Attorney General’s Chambers, Prime Minister’s Office in her capacity as Co-Chairman of the Working Committee for the Premier Talk, Knowledge Convention 2026.

The event continued with the Premier Lecture titled “Wanita Pewaris Nilai MIB, Pembentuk Generasi Negara” delivered by Yang Mulia Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman, Assistant Professor, Centre for the Promotion of Knowledge and Languages, Universiti Islam Sultan Sharif Ali as the invited speaker.
Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri then proceeded to sign the commemorative parchment and graciously accepted a gift. Prior to departure, Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri viewed the Knowledge Convention 2026 Exhibition and was invited for group photograph session with the members of the Premier Lecture of the Knowledge Convention 2026 Committee.
This year’s Knowledge Convention 2026 carries the theme “Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara” and today’s Premier Lecture is a continuation of the Opening Ceremony of the Knowledge Convention 2026 on 7 November 2026 and the Premier Forum of the Knowledge Convention 2026 on 12 November 2026.
This event was jointly organised by the Ministry of Education; the Ministry of Culture, Youth and Sports; and the Attorney General’s Chamber, Prime Minister’s Office under the Premier Lecture of the Knowledge Convention 2026 Working Committee.
For further information on the events and activities to be held in conjunction with the Knowledge Forum 2026, members of the public may visit the official website at ‘www.majlisilmu.gov.bn’.
____________________________________________________________________________________
CERAMAH PERDANA MAJLIS ILMU TAHUN 2026
Hari Sabtu | 4 Jamadilakhir 1448 | 14 November 2026
BERAKAS – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman pada hari ini berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2026 dan isteri-isteri serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2026.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustazah Ernalisa@Hanisah ‘Aqilah binti Haji Shaheed, Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Acara diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2026.
Acara diteruskan dengan sesi Ceramah Perdana bertajuk “Wanita Pewaris Nilai MIB, Pembentuk Generasi Negara” yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman, Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, selaku penceramah undangan.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kemudiannya berkenan berangkat bagi menandatangani lembaran kenangan dan menerima pesambah. Sebelum berangkat balik meninggalkan majlis, Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2026 dan bergambar ramai bersama dengan Ahli Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2026.
Majlis Ilmu pada tahun ini membawa tema “Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara” dan Ceramah Perdana hari ini merupakan lanjutan dari Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2026 pada 7 November 2026 dan Forum Perdana Majlis Ilmu 2026 pada 12 November 2026.
Ceramah Perdana sempena Majlis Ilmu 2026 ini diungkayahkan bersama oleh Kementerian Pendidikan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri di bawah Jawatankuasa Kerja Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2026.
Bagi mendapatkan maklumat mengenai acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Majlis Ilmu 2026, orang ramai boleh mengikuti laman sesawang ‘www.majlisilmu.gov.bn’.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/186 (NWM)
Tarikh: 4 Jamadilakhir 1448 | 14 November 2026




0 Comments