BRIEFING ON THE GUIDELINES FOR THE IMPLEMENTATION OF SPECIAL EDUCATION PROGRAMME IN PRIVATE EDUCATIONAL INSTITUTIONS AND THE ESTABLISHMENT AND REGISTRATION OF SPECIAL SCHOOLS
Monday, 2 November 2026 – The Ministry of Education, through the Department of Private Education, conducted a series of briefings on the Guidelines for the Implementation of Special Education Programme in Private Educational Institutions and the Guidelines for the Establishment and Registration of Special Schools, held at the Lecture Hall, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

The session for the first group was held on Monday, 26 October 2026, followed by sessions for the second group on Wednesday, 28 October 2026, and the third group on Saturday, 31 October 2026. The briefing concluded on Monday, 2 November 2026, with the session for the fourth group.

The session commenced with welcoming remarks by Yang Mulia Dayang Hamidah binti Haji Daud, Assistant Director of the Department of Private Education. This was followed by briefings on the guidelines presented by Yang Mulia Haji Juma’ata Sonadey bin Haji Mornie and Yang Mulia Dayang Nur’afeena binti Haji Muhammad Khairun Nizam, both officers from the Development Section, Department of Private Education, Ministry of Education.


During the question-and-answer session, participants had the opportunity to learn more about both guidelines and gain a clearer understanding through direct interaction with the panellists. The panel comprised Yang Mulia Sofian Erwan bin Mohamad, Director of Private Education, and several officers from the Department of Special Education, Ministry of Education.
The briefings were attended by 107 participants representing 46 private educational institutions (PEIs), comprising school leaders, representatives of school boards of governors (BOG) and special educational needs (SEN) focal teachers.
The briefings aimed to enhance schools’ understanding of the implementation of special education programmes and the procedures for establishing and registering special schools. The Ministry of Education hopes that the briefings will support schools in planning and implementing special education programmes in a structured manner that meets the needs of their students.
PEMBERIGAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA SERTA PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH KHAS
Isnin, 2 November 2026 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta telah mengadakan pemberigaan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) serta Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Khas, bertempat di Dewan Kuliah, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).
Sesi bagi Kumpulan Pertama diadakan pada hari Isnin, 26 Oktober 2026, diikuti dengan sesi bagi Kumpulan Kedua pada hari Rabu, 28 Oktober 2026 dan Kumpulan Ketiga pada hari Sabtu, 31 Oktober 2026. Pemberigaan ini berakhir pada hari Isnin, 2 November 2026 dengan sesi bagi Kumpulan Keempat.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Hamidah binti Haji Daud, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta. Taklimat mengenai garis panduan tersebut kemudiannya disampaikan oleh dua orang pegawai daripada Bahagian Perkembangan, Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, iaitu Yang Mulia Haji Juma’ata Sonadey bin Haji Mornie dan Yang Mulia Dayang Nur’afeena binti Haji Muhammad Khairun Nizam.
Dalam sesi soal jawab, para peserta berpeluang mengetahui lebih lanjut serta memahami kedua-dua garis panduan dengan lebih jelas melalui interaksi secara langsung dengan ahli panel. Panel tersebut terdiri daripada Yang Mulia Sofian Erwan bin Mohamad, Pengarah Pendidikan Swasta, dan beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.
Secara keseluruhan, seramai 107 orang peserta daripada 46 buah Institusi Pendidikan Swasta (IPS) menghadiri pemberigaan ini yang terdiri daripada pemimpin sekolah, wakil Lembaga Pengelola Sekolah (Board of Governors – BOG) dan guru fokal Pendidikan Khas (SEN).
Pemberigaan ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman pihak IPS tentang pelaksanaan program pendidikan khas serta tatacara penubuhan dan pendaftaran sekolah khas. Kementerian Pendidikan berharap pemberigaan ini dapat membantu pihak sekolah merancang dan melaksanakan program pendidikan khas secara teratur mengikut keperluan pelajar.




0 Comments