Jabatan Pendidikan Khas

​​​​​​Klik Sini​​ untuk Versi Bahasa Inggeris

Visi

Pendidikan Khas Inklusif Berkualiti Pelajar Berkeperluan Khas Progresif

Misi

​Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti dan Program Pendidikan Khas yang Holistik bagi Kehidupan Pelajar Berkeperluan Khas yang Bermanfaat

Pengenalan

​
​Pengarah Yang Mulia Dr Hajah Mustazah binti Awang Maidin
​Alamat

​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)

Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB
​Hubungi
​Tel: 244 6553
Fax: 244 6551
WhatsApp: 7288199 (Unit Pengurusan Data)

Emel: jpkas@moe.gov.bn

Social Media:
Instagram: jpkhas_moe.bn

Pengenalan Jabatan

JPKhas bertanggungjawab untuk mempromosi, melaksana dan memantau Progam Pendidikan Khas dengan kerjasama pihak sekolah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Untuk memantapkan Program Pendidikan Khas di negara ini, guru-guru Pendidikan Khas (SEN) akan terus dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran pengajaran termasuk pengajaran digital khususnya kaedah Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang fleksibel secara berkumpulan kecil (1:3) atau secara individu (1:1) bagi Pelajar Berkeperluan Khas.

Program Pendidikan Khas ini berpaksikan kepada prinsip 5A:

5A.png

Prinsip ini merupakan komponen utama untuk mengenalpasti, menangani dan memenuhi pelbagai keperluan pelajar agar mereka mendapat akses, boleh menyertai dan mencapai kecemerlangan tanpa membezakan ketidakupayaan, jantina, etnik, agama atau sosio-ekonomi mereka.

Perkara ini akan dapat direalisasikan melalui penyelenggaraan empat (4) sumber utama iaitu:

4 Sumber.png

​Cawangan Daerah

​Cawangan ​Perkhidmatan ​Alamat
​Brunei Muara

​​Jabatan Pendidikan Khas

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kewangan dan ICT
  • Unit Perancangan dan Korporat
  • Unit Pengurusan Data
  • Unit Program Khas Rendah

​Simpang 240, (Kawasan SR Pintu Malim)

Kg Pintu Malim,
Jalan Kota Batu, BSB
Tel: 244 6553
Emel: jpkhas@moe.gov.bn
​


 

 

  • ​Unit Psikologi Pendidikan
  • Unit Penilaian dan Intervensi

​Bunglow C5, Simpang 373-18,

Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318
Tel: +673 245 4155
​

 

  • Unit Program Khas Menengah
  • Unit Program Sepanjang Hayat

​Bunglow C7, Simpang 373-69,

Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318
Tel: +673 245 4149
​

 

  • ​Unit Bantuan Khusus

​Bunglow C9 Simpang 373-18,

Kawasan Maktab Duli PMMB
Jalan Pasar Baharu  BE1318
Tel: +673 244 6550
​Daerah Tutong ​
Jpkhas Cawangan Tutong

​Barek SM Sufri Bolkiah, Tutong

Tel : 4260816
​Daerah Belait ​Jpkhas Cawangan Belait

​Bunglow Kelas C

No. 375 Simpang 37-35,
Jalan Setia Negara,
Kawasan SM Perdana Wazir,
Kuala Belait
Tel: 3330461/2
​Daerah Temburong

​Jpkhas Cawangan Temburong

  • ​Unit Program Sepanjang Hayat
  • Pusat Kemahiran Hidup Berdikari (ILSC)
​Kabin Jabatan Pendidikan Khas
Bekas Tapak SM Sultan Hassan, Bangar Temburong

Fungsi

Fungsi Utama:

1.    Mengenal pasti keperluan Pelajar Berkeperluan Khas: akses, kurikulum, infrastruktur & sumber agar mereka​ mendapat akses pendidikan, menyertai aktiviti pembelajaran dan mencapai kecemerlangan;

2.     Membuat perancangan, menyediakan perkhidmatan dan Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah kerajaan;

3.     Menyediakan latihan perkembangan profesional dalam bidang pendidikan khas

4.     Menjalankan penilaian dan intervensi bagi Pelajar Berkeperluan Khas;

5.     Menjadi nara sumber bagi pendidikan khas;

6.     Memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai pendidikan khas kepada masyarakat dan orang awam;

7.     Bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan dan luar serta pihak berkepentingan;​

8.     Menyediakan pangkalan data pendidik & pelajar berkeperluan khas;

9.     Merangka, menyediakan dan mengembangkan Kurikulum Pendidikan Khas;

10.   Merangka dan menjalankan projek-projek yang berkaitan.

Struktur Organisasi

image_2025-03-05_105624255.png​

​Program-Program Pendidikan Khas

1.     Program Bantuan Pembelajaran:

  • Kemahiran Akademik, Akademik Berfungsi dan Kemahiran Hidup.
  • Bantuan di dalam kelas, Pusat Bantuan Pembelajaran (LAC), Model Sekolah Inklusif (MIS) atau Pusat Kecemerlangan Pendidikan Khas (CoE).
  • Di Hospital RIPAS.

2.     Program Pra-Vokasional dan kemahiran kerja:

  • Kemahiran Asas Vokasional dan Kemahiran Hidup Berdikari.
  • Pertandingan Memasak.
  • Projek ShInE.

3.     Program Intervensi Khusus:

  • Bengkel kesedaran – contoh: Disleksia, Sensori Pendengaran
  • Sesi Kongsisama – contoh: Pegawai dan guru-guru mengongsikan hasil dapatan mengikuti Kursus SEAMEO SEN.
  • Webinar – contoh: Early Childhood Best Practice Webinar.

4.     Program Jangkauan (Outreach):

  • Aktiviti Kesedaran Awam tentang Pelajar Berkeperluan Khas (e.g. PKBN) .
  • Bengkel Bahasa Isyarat.

5.     Program Orientasi & Mobiliti:

·       Bengkel Orientasi dan Mobiliti di sekolah-sekolah/ agensi berkaitan.

6.     Program Kemahiran Digital:

  • Bengkel Gamification kepada guru-guru pakar pendidikan.
  • Kongsisama Digital Apps (Seperti contoh: Canva Apps) Kepada perantisan SkiPPA.

7.     Program Kesukanan:

  • Kejohanan Unified Bocce.
  • Kejohanan Unified Badminton.
  • Kejohanan Olahraga (e.g. Festival Kids Athletics, Brunei Darussalam Schools Games).

8.     Program keusahawanan:

  • ​Program Bootcamp.

9.     Program Kerohanian:

  • Pertandingan Hafazan.
  • Tarbiyah Islam peringkat Rendah dan Menengah.​

*Dikemaskini 06/03/2025