Thursday | 7 Rabiulawal 1448 | 20 August 2026
BANGAR – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services; the Department of Planning, Development and Research; and the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP) today held a Dikir Ceremony in conjunction with the Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam celebration at Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.

The ceremony began with the presentation of wakaf contributions from officers and staff of the Ministry of Education, handed over by the Guest of Honour to Yang Mulia Imam Awang Md Syahmi bin Haji Zaini, the Mosque Affairs Officer of Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong followed by a mass Maghrib prayer.

The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Guest of Honour, marking the beginning of the Dikir Syarafil Anam recitation, followed by the recitation of Dikir Marhaban, and concluded with the Closing Prayer of the Dikir ceremony, led by the Imam of Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong.

This ceremony is one of the Ministry of Education’s annual activities to enliven the Maulidur Rasul celebration by reciting selawat and praising the Prophet Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam as a gesture of devotion and gratitude for his contributions. Additionally, the ceremony aims to further enhance the celebration of Islamic holy days while strengthening the relationship between the officers and staff of the Ministry of Education and the mosque congregation.

Also in attendance at the ceremony were Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei (UTB), Deputy Permanent Secretary, Heads of Departments, officers and staff of the Ministry of Education, as well as members of the Masjid Utama Mohammad Salleh Management Committee.
______________________________________________________________________________________
MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI MASJID UTAMA MOHAMMAD SALLEH, PEKAN BANGAR, TEMBURONG
Hari Khamis | 7 Rabiulawal 1448 | 20 Ogos 2026
BANGAR – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan; serta Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) pada hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.
Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada Yang Mulia Imam Awang Md Syahmi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong dan diikuti dengan solat Fardu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat majlis sebagai permulaan kepada bacaan Dikir Syarafil Anam, diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan Doa Penutup Majlis Dikir yang dipimpin oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang dan kesyukuran atas jasa-jasa Baginda. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.
Turut menghadiri majlis tersebut ialah Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong.
0 Comments