SATURDAY | 16 RABIULAWAL 1448 | 29 AUGUST 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Religious Activities Division, Department of Co-Curriculum Education, today held the Final of the 2026 Nationwide Primary Schools Jawi Reading Competition at the Lecture Hall, Sports School.
Present as the Guest of Honour to officiate the presentation of prizes to the participants was Yang Mulia Sofian Erwan bin Mohamad, Director of Private Education, Ministry of Education.

The competition was open to Year 4 and Year 5 students from government and private primary schools under the Ministry of Education. The competition is divided into two categories, namely the Boys’ Category and the Girls’ Category, with seven participants in each category.

The winner of the boy’s category was Awang Mohammad Abdul Raziq bin Haji Mohammad Saiful Rizal from Sekolah Rendah Kesuma Mekar, while the runner-up was Awang Muhammad Syafi Al-Muqtadir bin Haji Anifa Nazree from Sekolah Rendah Tungku, Gadong and third place was Awang Muhammad Areez Shaheem bin Adi Satria from Sekolah Cahaya Bina Insan. For the girl’s category, the winner was Dayang Nur Syifa Hassanah binti Mohammad Fikri from Sekolah Al-Faalah, Sungai Akar, while the runner-up was Dayang Nur ‘Izzah As-Shafwah binti Haji Awang Mohamad from Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah and third place was Dayang Nur Izz Zarra Qaisarah binti Muriadi from Sekolah Rendah Putat.

The competition aims to promote and cultivate the practice of Jawi reading among primary school students, enabling them to read materials written in Jawi script fluently. It also aims to encourage Jawi reading materials to become one of the preferred reading resources among students from an early age.

In addition, the competition seeks to build students’ confidence in reading in front of an audience, while enhancing their ability to read Jawi texts fluently.

_________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN MEMBACA JAWI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SENEGARA TAHUN 2026
HARI SABTU | 16 RABIULAWAL 1448 | 29 OGOS 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Membaca Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2026 bertempat di Dewan Kuliah, Sekolah Sukan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para peserta ialah Yang Mulia Sofian Erwan bin Mohamad, Pengarah Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.
Pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan, dengan penyertaan seramai tujuh orang bagi setiap kategori.
Juara pertandingan bagi kategori lelaki disandang oleh Awang Mohammad Abdul Raziq bin Haji Mohammad Saiful Rizal dari Sekolah Rendah Kesuma Mekar, manakala Naib Juara ialah Awang Muhammad Syafi Al-Muqtadir bin Haji Anifa Nazree dari Sekolah Rendah Tungku, Gadong dan tempat ketiga ialah Awang Muhammad Areez Shaheem bin Adi Satria dari Sekolah Cahaya Bina Insan. Bagi kategori perempuan pula Juara disandang oleh Dayang Nur Syifa Hassanah binti Mohammad Fikri dari Sekolah Al-Faalah, Sungai Akar, manakala Naib Juara ialah Dayang Nur ‘Izzah As-Shafwah binti Haji Awang Mohamad dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan tempat ketiga ialah Dayang Nur Izz Zarra Qaisarah binti Muriadi dari Sekolah Rendah Putat.
Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan bacaan Jawi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah agar mereka dapat membaca bahan bacaan yang menggunakan ejaan Jawi dengan lancar, di samping menjadikan bahan bacaan Jawi sebagai salah satu pilihan bahan bacaan dalam kalangan murid sejak kecil.
Selain itu, pertandingan ini turut bertujuan untuk membina keyakinan diri murid-murid untuk membaca di hadapan khalayak serta meningkatkan keupayaan mereka dalam membaca bahan bacaan Jawi dengan baik.
0 Comments