SATURDAY | 16 RABIULAWAL 1448 | 29 AUGUST 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Physical Education and Recreation Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Special Education Department, Ministry of Education, with the support of the Brunei Darussalam National Badminton Association today held the Prize Presentation Ceremony for the 2026 Brunei Darussalam Primary Schools Badminton Festival, involving government and private primary schools under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs. The ceremony was held at the Pusat Belia Badminton Hall.
The Guest of Honour at the ceremony to officiate the presentation of prizes was Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Permanent Secretary (Deputy), Ministry of Education.

A total of 31 teams participated in the festival, divided into eight groups. The winners of each group advanced to the subsequent stages to compete for the overall championship title. In addition, the festival featured the Unified Boys’ Category, with participation from 11 schools, and five schools participated in the Unified Girls’ Category.

The winner of the Unified Boy’s category was Sekolah Rendah Pintu Malim, while the runner-up was Sekolah Rendah Freda Radin and tied for third place was Sekolah Rendah Pantai Berakas and Sekolah Rendah Dato Basir. For the Unified Girl’s category, the winner was Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, while the runner-up was Sekolah Rendah Dato Basir, and tied for third place were Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 and Sekolah Rendah Pantai Berakas. In the team category, the Winner was Sekolah Chung Hwa, while the runner-up was Sekolah St. Andrew’s and tied for third place were Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai and Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong.

The festival aims to identify and nurture students’ talents and potential in badminton, while promoting greater inclusivity through the participation of students with special educational needs. It also serves as a platform to strengthen collaborative networks with relevant agencies, as well as to instil positive values through sports, including a healthy and active lifestyle, discipline, resilience, leadership and teamwork.

________________________________________________________________
FESTIVAL BADMINTON SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH BRUNEI DARUSSALAM
TAHUN 2026
HARI SABTU | 16 RABIULAWAL 1448 | 29 OGOS 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan serta sokongan Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam pada hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Festival Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Brunei Darussalam Tahun 2026 yang melibatkan sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan serta Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis tersebut berlangsung di Gelanggang Badminton Pusat Belia.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan.
Festival ini disertai oleh 31 buah pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan. Juara setiap kumpulan mara ke peringkat seterusnya bagi merebut gelaran juara keseluruhan. Selain itu, festival turut mempertandingkan Kategori Unified Lelaki yang disertai oleh 11 buah sekolah dan Kategori Unified Perempuan yang meyaksikan pentertaan 5 buah sekolah dan juga beregu berpasukan.
Juara pertandingan bagi Kategori Unified Lelaki disandang oleh Sekolah Rendah Pintu Malim, manakala Naib Juara ialah Sekolah Rendah Freda Radin dan tempat ketiga bersama ialah Sekolah Rendah Pantai Berakas dan Sekolah Rendah Dato Basir. Bagi kategori Unified Perempuan pula disandang oleh Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin, manakala Naib Juara ialah Sekolah Rendah Dato Basir, dan tempat ketiga bersama ialah Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 dan Sekolah Rendah Pantai Berakas. Bagi kategori Beregu Berpasukan, Juara disandang oleh Sekolah Chung Hwa, manakala Naib Juara ialah Sekolah St. Andrew’s dan tempat ketiga bersama ialah Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai dan Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong.
Festival ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam sukan badminton, di samping menggalakkan penyertaan yang lebih inklusif melalui penglibatan pelajar berkeperluan khas. Ia juga menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, serta menerapkan nilai-nilai murni seperti gaya hidup sihat, disiplin, daya tahan, kepimpinan dan semangat berpasukan melalui sukan.
0 Comments