Tuesday | 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026
JERUDONG – The Ministry of Education, through the Teachers Unit, Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA), Department of Educators Management today held the Bahasa Melayu Symposium 2026 at the Bridex International Convention Centre.


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.
This year’s symposium, themed “Empowering Educators and Students in the Wave of Digital Transformation and AI”, was attended by 450 Bahasa Melayu teachers from government and private primary and secondary schools nationwide.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by welcoming remarks delivered by Yang Mulia Dr Dayang Roslena binti Pehin Datu Indera Sugara Dato Seri Laila Jasa Haji Johari, Head of the Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA) and Acting Assistant Director of the Department of Educators Management.


This was followed by a keynote address titled “A New Paradigm for Bahasa Melayu Education in the Era of Digital Transformation and Artificial Intelligence: Thinking, Literacy and Creativity” presented by Yang Mulia Dr Mohammad Shahrin bin Haji Metussin from Pusat Tingkatan Enam Belait. The keynote address discussed the wave of digital transformation and artificial intelligence (AI), as well as the importance of empowering educators and students in the context of education in Brunei Darussalam. The session was aimed at providing a broader perspective on changes in Bahasa Melayu education and the roles of educators and students in responding to technological developments.


The event continued with a Learning Circle session with the keynote speaker, providing participants with an opportunity to connect the key ideas from the keynote address with teachers’ real classroom experiences. The session also allowed participants to share good practices, discuss current challenges, and explore opportunities to use digital technology and AI in Bahasa Melayu teaching.
The morning session concluded with a workshop titled “Ke Masa Silam Bersama STEAM DB” facilitated by Yang Mulia Dr Aliamat bin Omar Ali, Assistant Professor at the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam. The workshop focused on incorporating the elements of Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM) into Bahasa Melayu teaching, including through a project-based learning approach.

In the afternoon, the symposium proceeded with a second workshop titled “Digital Classroom Practice: Integrating Visuals in Bahasa Melayu Teaching through Generative AI Guided by PILCO” facilitated by Yang Mulia Awang Muhammad Zaim Ridhwan bin Haji Ahad, Education Officer at Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong. The workshop focused on the practical use of generative AI in Bahasa Melayu teaching, particularly through the development of visual materials to make learning more engaging, interactive and meaningful.
The event continued with a Spotlight Session with Workshop Facilitators, facilitated by Dr. Ernie Zahdina @ Nur Syifa’ Damia binti Haji Md Serudin. The session will highlight sharing and reflection with the workshop facilitators, while providing participants with an opportunity to share ideas, experiences and approaches that can be adapted to their own teaching practices.



Through a combination of the keynote address, Learning Circle session, workshops and Spotlight sessions, participants had the opportunities to broaden their knowledge, try new approaches and gain ideas that can be adapted to the needs of their students and their respective classroom contexts.
The Bahasa Melayu Symposium 2026 is one of the Ministry of Education’s initiatives to ensure that Bahasa Melayu educators remain prepared to respond to changes in the education landscape. During the symposium, participants had the opportunities to broaden their knowledge, try new approaches and gain ideas that can be adapted to the needs of their students and their respective classroom contexts. By bringing together local expertise, effective teaching practices, and the creative and ethical use of technology, the symposium is expected to contribute to strengthening Bahasa Melayu as a language of knowledge that remains relevant in the era of digital transformation.
Also present at the symposium were the Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam, Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Vice-Chancellor of Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and senior officials from the Ministry of Education.
____________________________________________
SIMPOSIUM BAHASA MELAYU TAHUN 2026
Hari Selasa | 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026
JERUDONG – Kementerian Pendidikan melalui Unit Tenaga Pengajar, Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Jabatan Pengurusan Pendidik (JPP) pada hari ini telah mengadakan Simposium Bahasa Melayu Tahun 2026 di Dewan Persidangan Antarabangsa Bridex.
Hadir Selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Simposium pada tahun ini yang bertemakan “Memperkasa Pendidik dan Pelajar dalam Gelombang Transformasi Digital dan AI” disertai oleh seramai 450 orang guru Bahasa Melayu dari sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta senegara.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr Dayang Roslena binti Pehin Datu Indera Sugara Dato Seri Laila Jasa Haji Johari, Ketua Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam dan Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Pengurusan Pendidik.
Acara disusuli dengan ucaptama bertajuk “Paradigma Baharu Pendidikan Bahasa Melayu dalam Era Transformasi Digital dan Kecerdasan Buatan: Pemikiran, Literasi dan Kreativiti” yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Mohammad Shahrin bin Haji Metussin dari Pusat Tingkatan Enam Belait. Ucaptama ini membincangkan gelombang transformasi digital dan kecerdasan buatan AI serta kepentingan pemerkasaan pendidik dan pelajar dalam konteks pendidikan di Brunei Darussalam. Perkongsian ini diharap dapat memberikan perspektif yang lebih luas mengenai perubahan dalam pendidikan Bahasa Melayu serta peranan pendidik dan pelajar dalam mendepani perkembangan teknologi.
Acara diteruskan dengan sesi Learning Circle bersama penyampai ucaptama yang memberikan ruang kepada para peserta untuk menghubungkan idea-idea utama daripada ucaptama dengan pengalaman sebenar guru di bilik darjah. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi amalan terbaik, membincangkan cabaran semasa serta meneroka peluang penggunaan teknologi digital dan AI dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Sesi pagi diakhiri dengan bengkel bertajuk “Ke Masa Silam Bersama STEAM DB” yang dikendalikan oleh Yang Mulia Dr Aliamat bin Omar Ali, Penolong Profesor di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Bengkel ini memberikan fokus kepada elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek.
Pada sebelah petang, simposium diteruskan dengan Bengkel kedua bertajuk “Amalan Bilik Darjah Digital: integrasi Visual dalam Pengajaran BM melalui AI Generatif Berpandukan PILCO” yang dikendalikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Zaim Ridhwan bin Haji Ahad, Pegawai Pendidikan di Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong. Bengkel ini memberi tumpuan kepada penggunaan AI generatif secara praktikal dalam pengajaran Bahasa Melayu, khususnya melalui penghasilan bahan visual yang dapat membantu menjadikan pembelajaran lebih menarik, interaktif dan bermakna.
Simposium diteruskan dengan sesi Spotlight Bersama Pemudah Cara Bengkel yang dikendalikan oleh Dr. Ernie Zahdina @ Nur Syifa’ Damia binti Haji Md Serudin. Sesi ini akan mengetengahkan perkongsian dan refleksi bersama pemudah cara bengkel, di samping memberi ruang kepada peserta untuk mengongsikan idea, pengalaman dan pendekatan yang boleh disesuaikan dalam amalan pengajaran masing-masing.
Melalui gabungan sesi ucaptama, sesi Learning Circle, bengkel dan sesi Spotlight, para peserta berpeluang untuk memperluas pengetahuan, meneroka pendekatan baharu serta memperoleh idea yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelajar dan konteks bilik darjah masing-masing.
Simposium Bahasa Melayu 2026 merupakan antara inisiatif Kementerian Pendidikan dalam memastikan pendidik Bahasa Melayu terus bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan. Semasa simposiun ini, para peserta juga berpeluang memperluas pengetahuan, mencuba pendekatan baharu serta memperoleh idea yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelajar dan konteks bilik darjah masing-masing. Melalui penggabungan kepakaran tempatan, pedagogi yang berimpak serta pemanfaatan teknologi secara kreatif dan beretika, simposium ini diharap dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terus relevan dalam era transformasi digital.
Turut hadir di simposium ini ialah Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/133 (NWM)
Tarikh: 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026
0 Comments