Home 5 Press Releases 5 PELAN TINDAKAN INSIDEN MENANGANI JEREBU BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN

PELAN TINDAKAN INSIDEN MENANGANI JEREBU BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN

Sep 1, 2026 | Press Releases | 0 comments

PELAN TINDAKAN INSIDEN MENANGANI JEREBU BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN

DI SELURUH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Selasa| 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026

BERAKAS – Berikutan dengan Siaran Akhbar mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada 1 September 2026 oleh Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan mengenai Pelan Tindakan Insiden Menangani Jerebu Berdasarkan Catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Ini adalah dalam usaha melindungi kesihatan dan kesejahteraan warga institusi-institusi pendidikan (Kerajaan dan Swasta) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sehubungan itu, merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Insiden Menangani Jerebu di Sekolah-Sekolah di Seluruh Negara Brunei Darussalam, warga institusi-institusi pendidikan adalah untuk mengambil tindakan berikut:

  1. Memastikan pelajar yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma untuk sentiasa membawa ubat-ubatan yang diperlukan ke sekolah;
  2. Sekolah juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu di dalam bangunan, termasuk menutup pintu dan tingkap apabila diperlukan;
  3. Menggalakkan penggunaan sungkup muka jenis KF94/N95 terutamanya bagi individu berisiko tinggi seperti mempunyai masalah paru-paru, jantung dan ibu mengandung, khususnya semasa berada di luar bangunan;
  4. Menghadkan aktiviti luar seperti sukan dan kegiatan kokurikulum apabila bacaan IPU melebihi 100 (tidak menyihatkan);
  5. Memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang baik;
  6. Pelajar dan warga sekolah yang mengalami gejala berkaitan jerebu yang berterusan atau semakin teruk hendaklah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera

GARIS PANDUAN TINDAKAN MENANGANI JEREBU BERDASARKAN CATATAN IPU

IPU/PSI 
<50 TAHAP BAIK– Sekolah berjalan seperti biasa
– Pemantauan indeks PSI yang berterusan
51-100 TAHAP SEDERHANA– Mengurangkan aktiviti di luar darjah bagi pelajar-pelajar di bawah umur lima (5) tahun dan pelajar yang berisiko
– Aktiviti diadakan di dalam kawasan yang tertutup
101-200 TAHAP TIDAK SIHAT– Semua aktiviti di luar darjah bagi pelajar-pelajar di bawah umur lima (5) tahun dan yang berisiko hendaklah dihentikan
– Digalakkan memakai sungkup muka jenis KF94/N95
– Bagi pelajar-pelajar lain, aktiviti fizikal yang berat dan berpanjangan adalah dihadkan
201-300 TAHAP SANGAT TIDAK SIHAT– Sekolah beroperasi secara home-based learning (HBL) iaitu sama ada secara dalam talian atau menyediakan home-learning pack (HLP)
>300 TAHAP MERBAHAYA– Sekolah beroperasi secara home-based learning (HBL) iaitu sama ada secara dalam talian atau menyediakan home-learning pack (HLP)

Kementerian Pendidikan akan terus memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa. Sebarang tindakan dalam menangani isu ini tidak terhad kepada bacaan indeks pencemaran udara sahaja, tetapi akan mengambil kira keadaan infrastruktur serta kemudahan bagi setiap institusi pendidikan secara case-by-case.

Sementara itu, bagi peperiksaan awam seperti Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Brunei-Cambridge GCE ‘AS’ dan ‘A’ Level akan dijalankan mengikut garis panduan yang disediakan hasil perbincangan bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Kementerian Pendidikan akan sentiasa mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah dalam menentukan sebarang tindakan selanjutnya.

– TAMAT-

Disediakan oleh:
Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam  
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/136 (NWM)

Tarikh: 19 Rabiulawal 1448 / 1 September 2026

Check out these related post also…

0 Comments