Friday | 22 Rabiulawal 1448 | 4 September 2026
BERAKAS – The Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs wish to inform that, based on the monitoring and reassessment of the current air quality conditions, Home-Based Learning (HBL) for all primary and secondary schools, colleges and sixth form centres (government and private) under the purview of the Ministry of Education, as well as religious and Arabic schools and the Institut Tahfiz under the purview of the Ministry of Religious Affairs, will continue on Saturday, 5 September 2026. A further assessment will be conducted on Sunday, 6 September 2026.
This decision has been made as a precautionary measure in view of the continuing haze conditions, with due consideration given to the safety and well-being of students and the entire education community.
Accordingly, the relevant educational institutions are required to continue activating their respective Business Continuity Plan (BCP) to ensure the continuity of teaching and learning. Implementation may be carried out online or through Home Learning Pack (HLP), according to the suitability and needs of students.
For higher education institutions, their operations and the implementation of teaching and learning shall be subject to the arrangements determined by the respective institutions, taking into account the prevailing air quality conditions as well as the safety and well-being of their communities.
The Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs will continue to monitor air quality conditions from time to time. Further arrangements regarding the resumption of face-to-face operations at educational institutions will be subject to developments in the prevailing air quality conditions.
The Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs extend their appreciation for the cooperation and understanding of students, parents and guardians, as well as the entire education community, in ensuring the continuity of learning throughout this period.
________________________________
PELANJUTAN PELAKSANAAN HOME-BASED LEARNING (HBL) BERIKUTAN BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (PSI)
Hari Jumaat | 22 Rabiulawal 1448 | 4 September 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan dan penilaian semula terhadap keadaan kualiti udara semasa, Pembelajaran Berasaskan Rumah (Home-Based Learning – HBL) bagi semua sekolah-sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam (kerajaan dan swasta) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah ugama, Arab dan Institut Tahfiz di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan diteruskan pada hari Sabtu, 5 September 2026. Penilaian seterusnya akan dilaksanakan pada hari Ahad, 6 September 2026.
Ketetapan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keadaan jerebu yang masih berlanjutan, dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan para pelajar serta seluruh warga institusi pendidikan.
Sehubungan itu, institusi pendidikan berkenaan hendaklah terus mengaktifkan Pelan Kesinambungan Operasi (Business Continuity Plan – BCP) masing-masing bagi memastikan kesinambungan pembelajaran dan pengajaran. Pelaksanaannya boleh dibuat secara dalam talian atau melalui Pek Pembelajaran di Rumah (Home Learning Pack – HLP), mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.
Bagi institusi pengajian tinggi, pengoperasian serta pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran adalah tertakluk kepada ketetapan institusi masing-masing, dengan mengambil kira keadaan kualiti udara semasa serta keselamatan dan kesejahteraan warga institusi.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus memantau keadaan kualiti udara dari semasa ke semasa. Ketetapan mengenai pengoperasian semula institusi pendidikan secara bersemuka adalah tertakluk kepada perkembangan dan keadaan kualiti udara semasa.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama merakamkan penghargaan atas kerjasama dan kefahaman para pelajar, ibu bapa dan penjaga serta seluruh warga institusi pendidikan dalam memastikan kelangsungan pembelajaran sepanjang tempoh ini.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/141 (NWM)
Tarikh: 22 Rabiulawal 1448 | 4 September 2026
0 Comments