Sukacita memaklumkan bahawa pada masa ini, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Kementerian Pendidikan dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam sedang melaksanakan Penyelidikan Penghayatan Melayu Islam Beraja, Sosioekonomi, Sahsiah dan Kesejahteraan yang telah bermula pada bulan Ogos 2026.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga Kementerian Pendidikan termasuk institusi-institusi pengajian tinggi adalah dijemput untuk mengambil bahagian dan menyokong pelaksanaan kaji selidik sosial ini. Kaji selidik tersebut bolehlah diakses dengan mengimbas kod QR yang telah disediakan di poster seperti berikut.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk poster berikut:

0 Comments