Home 5 Press Releases 5 36TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS’ DAY CELEBRATION 2026

36TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS’ DAY CELEBRATION 2026

Sep 24, 2026 | Press Releases | 0 comments

36TH BRUNEI DARUSSALAM TEACHERS’ DAY CELEBRATION 2026

Wednesday| 11 Rabiulakhir 1448 | 23 September 2026

BERAKAS – Brunei Darussalam commemorates Teachers’ Day on 23 September each year as a mark of appreciation and recognition for the dedication, service and invaluable contributions of educators in nurturing and guiding the nation’s future generations. The celebration also serves as a platform to further uphold the teaching profession and recognise the vital role of educators in developing the nation’s human capital and contributing towards Brunei Darussalam’s continued progress and development.

The 36th Brunei Darussalam Teachers’ Day Celebration 2026 was held today, Wednesday, 23 September 2026, at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC). This year’s celebration carries the theme ‘Teachers as Catalysts for Sustainable Education and Innovation’, with the sub-theme ‘Educating with Wisdom, Guiding a Harmonious and Innovative Generation’.

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, along with members of the Royal Family, this morning consented to attend the 36th Brunei Darussalam Teachers’ Day Celebration 2026.

Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Minister of Religious Affairs, and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as Co-Chairpersons of the event, alongside members of the 36th Brunei Darussalam Teachers’ Day Celebration 2026 Executive Committee.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, dedicated to Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, as well as educators who have passed on. This was followed by a Doa Selamat led by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.

The ceremony proceeded with the recitation of the Holy Quran verses, specifically Surah Luqman, Verses 16 to 19, by Yang Mulia Awang Mohammad Ayub bin Ali, Grade II Religious Teacher at Sekolah Ugama Sungai Besar. Meanwhile, the translation and commentary (intisari) of the verses were presented by Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Deputy Director of the Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).  

Following this, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education and Co-Chairperson of the Executive Committee for the 36th Brunei Darussalam Teachers’ Day Celebration 2026, delivered the welcoming address. This was followed by a Titah from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

The event continued with the screening of a special video clip entitled ‘Cahaya Serambi Ilmu’ as a tribute to the nobility, sincerity and sacrifices of educators in shaping future generations. The video highlighted the role of teachers as a guiding light, illuminating their students’ path through knowledge, guidance and advice towards success. The screening also expressed gratitude for the service and dedication of teachers, while symbolising that behind every student’s achievement stands a teacher who has helped kindle the light of knowledge. The content of the video further reflected appreciation for the teaching profession as a key pillar in the development of the nation’s human capital.

The event was further enlivened with a Teachers’ Day performance, a medley of songs titled ‘Guru Oh Guru‘, ‘Jasamu Guru‘, and ‘Terima Kasih Cikgu‘, followed by a presentation of the 36th Teachers’ Day theme song, ‘Cahaya Serambi Ilmu‘. The performance featured a joint ensemble of 33 students from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan; Sekolah Menengah Menglait; Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah; Chung Hwa Middle School Bandar Seri Begawan; Seri Mulia Sarjana School; Sunshine School, and Stella School.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam then consented to present the 36th Teachers’ Day 2026 Awards. The recipients comprised 4 awardees for the Meritorious Teacher Award (Anugerah Guru Berjasa), 2 awardees for the Pioneering Educator Legacy Award (Anugerah Jejak Bakti Pendidik), 9 awardees for  the Excellent Teacher Award (Anugerah Guru Cemerlang), and 28 awardees for the Teachers’ Day Special Mention Award (Anugerah Penghargaan Hari Guru).


At the conclusion of the event, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family were invited for a group photograph session with the award recipients and members of the 36th Brunei Darussalam Teachers’ Day Celebration 2026 Executive Committee.

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam then proceeded to tour the exhibition held in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 at the concourse area. The exhibition theme for this year’s Teachers’ Day is ‘Educating with Wisdom, Guiding a Harmonious and Innovative Generation’

The exhibition showcases a range of initiatives, innovations and learning outcomes that reflect education guided by wisdom, the nurturing of a harmonious generation, and the integration of innovation in education. These are presented through areas such as sustainability, digital technology, green education and financial literacy, to develop a generation that is knowledgeable, skilled, of good character and competitive. In line with the theme, the exhibition is divided into two main sections as follows:

  1. Centerpiece Section

An excerpt from the Titah of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, and a Syair by Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien;

  • Exhibition Section (Refer to Appendix A for the full exhibition synopsis).

The exhibition involves the participation of students from primary and secondary schools, technical and vocational education institutions, as well as higher education institutions, alongside the involvement of departments under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs. The exhibition features a total of nine booths showcasing various initiatives, innovations and best practices in education. The exhibition is also held in conjunction with two major launches, namely the Brunei Darussalam Education Tourism Portal and the National Strategy for Financial Literacy 2026–2035.

Before departing the International Convention Centre, His Majesty also consented to a Junjung Ziarah from students, educators across all academic levels, and performance participants/

__________________________________________________________________________________________________

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KE-36, TAHUN 2026

Hari Rabu| 11 Rabiulakhir 1448 | 23 September 2026

BERAKAS – Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam diraikan pada 23 September setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan para pendidik dalam mendidik dan membimbing generasi negara. Sambutan ini juga menjadi wadah untuk terus memartabatkan profesion perguruan serta mengiktiraf peranan penting para pendidik dalam pembangunan modal insan dan kemajuan negara.

Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2026 telah diadakan pada hari ini, Rabu, 23 September 2026, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC). Sambutan tahun ini membawa tema ‘Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi’ dengan subtema ‘Mendidik dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif’.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dihadiahkan khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Luqman Ayat 16 hingga 19, oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ayub bin Ali, Guru Ugama Tingkat II, Sekolah Ugama Sungai Besar. Manakala intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Seterusnya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2026 menyembahkan sembah alu-aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Acara diteruskan dengan tayangan klip video khas bertajuk ‘Cahaya Serambi Ilmu’ sebagai tanda penghargaan terhadap kemuliaan, ketulusan dan pengorbanan warga pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan. Klip video tersebut mengetengahkan peranan guru sebagai cahaya yang menerangi anak didik melalui ilmu pengetahuan, bimbingan dan nasihat menuju kejayaan. Tayangan berkenaan turut menzahirkan rasa syukur atas jasa dan bakti para guru, di samping membawa simbolik bahawa di sebalik setiap kejayaan seorang murid, terdapat insan bergelar guru yang telah menyalakan cahaya ilmu. Pengisian klip video tersebut turut mencerminkan penghargaan terhadap profesion perguruan sebagai tunjang utama pembangunan modal insan negara.

Majlis turut diserikan dengan persembahan hari guru, iaitu kompilasi lagu-lagu medley bertajuk ‘Guru Oh Guru’, ‘Jasamu Guru’ dan ‘Terima Kasih Cikgu’, kemudiannya diteruskan dengan persembahan Lagu Hari Guru Ke-36, bertajuk ‘Cahaya Serambi Ilmu’. Persembahan ini melibatkan gabungan 33 orang pelajar dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan; Sekolah Menengah Menglait; Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah; Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan; Sekolah Seri Mulia Sarjana; Sekolah Sunshine dan Sekolah Stella.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 kepada para penerima yang terdiri daripada 4 orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 2 orang penerima Anugerah Jejak Bakti Pendidik, 9 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 28 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru.

Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2026.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya dijunjung berangkat untuk menyaksikan pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 di Ruang Legar. Tema pameran bagi Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Mendidik dengan Hikmah, Membimbing Generasi Harmoni dan Berinovatif’.

Sesuai dengan tema ini, pameran mengetengahkan pelbagai inisiatif pendidikan yang berhikmah untuk membentuk generasi harmoni dan inovatif di masa hadapan. Pameran menonjolkan aspek kelestarian yang diterjemah melalui pelbagai bidang antaranya pendidikan hijau, penggunaan teknologi digital dan kesedaran kepentingan dalam hal ehwal pengurusan kewangan atau Celik Kewangan. Pameran ini terbahagi kepada dua bahagian utama seperti berikut:

  1. Ruang Centerpiece

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien;

  • Ruang Pameran (Sila rujuk Lampiran A bagi sinopsis lengkap pameran)

Pameran ini melibatkan penyertaan pelajar daripada sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan teknikal dan vokasional serta institusi pengajian tinggi, di samping penglibatan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebanyak sembilan petak pameran disediakan bagi mengetengahkan pelbagai inisiatif, inovasi dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan. Pameran ini turut diselajurkan dengan dua pelancaran utama, iaitu Portal Pelancongan Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Strategi Kebangsaan Celik Kewangan 2026–2035.

Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa dan siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.


Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2026/151 (NWM)

Tarikh:       11 Rabiulakhir 1448 | 23 September 2026

 

Check out these related post also…

0 Comments