WEDNESDAY | 25 RABIULAKHIR 1448 | 7 OCTOBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Spiritual Activities Division, Department of Co-Curriculum Education, today organised the Finals of the Azan Subuh Competition for secondary schools and colleges nationwide 2026, held at Dewan Jawatan Dalam, Brunei History Centre.
Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation was Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Assistant Director of Co-Curriculum Education, Ministry of Education.
A total of 39 participants took part in the preliminary selection round, comprising students from government and private secondary schools under the purview of the Ministry of Education, as well as schools under the purview of the Ministry of Religious Affairs. Of the total participants, nine successfully advanced to compete in the final round.
The winner of the competition was Hj Muhammad Aiman Rayyan bin Hj Mohd Fazilah from Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, while the runner-up was Ahmad Adib bin Dr Hj Supri from Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, followed by Mohammad Iman Ikramuddin bin Hj Shahruddin from Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien in third place.
The competition was organised to build and enhance students’ confidence in spreading the Islamic call through the Azan Subuh. It also aims to nurture a generation that is confident and courageous in conveying the Islamic call through the Azan.






_____________________________________________________________
PERTANDINGAN AKHIR AZAN SUBUH BAGI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB SENEGARA TAHUN 2026
RABU | 25 RABIULAKHIR 1448 | 7 OKTOBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, pada hari ini telah mengadakan Pertandingan Akhir Azan Subuh bagi peringkat sekolah menengah dan maktab senegara Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.
Pertandingan ini telah melalui peringkat saringan yang disertai oleh seramai 39 orang peserta, terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Daripada keseluruhan penyertaan tersebut, seramai sembilan orang peserta berjaya melayakkan diri untuk bertanding di peringkat akhir.
Juara bagi pertandingan tersebut ialah Hj Muhammad Aiman Rayyan bin Hj Mohd Fazilah dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, manakala naib juara ialah Ahmad Adib bin Dr Hj Supri dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan tempat ketiga ialah Mohammad Iman Ikramuddin bin Hj Shahruddin dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan mempertingkatkan keyakinan diri para pelajar dalam menyebarkan seruan Islam melalui azan subuh. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang berkeyakinan dan berani dalam menyebarkan seruan Islam melalui laungan azan.




0 Comments