TIANJIN, PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA – Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam, attended the 2026 World Vocational and Technical Education Development Conference, which was held from 15 – 17 October 2026 in Tianjin, People’s Republic of China.
Jointly organised by the Ministry of Education of the People’s Republic of China, the National Commission of the People’s Republic of China for UNESCO, and the Tianjin Municipal People’s Government, the conference brought together representatives from more than 100 countries under the theme “TVET: Embracing Change, Forging Standards and Building a Shared Future.”
During the Ministerial Roundtable session, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan reaffirmed Brunei Darussalam’s commitment to strengthening technical and vocational education and training (TVET) through industry-education partnerships, internationally recognised standards, lifelong learning, and the responsible adoption of digital technologies and artificial intelligence. He also highlighted the importance of international cooperation in developing a skilled and future-ready workforce in support of Wawasan Brunei 2035.
The delegation also attended parallel sessions focusing on TVET development, regional cooperation and innovation, and witnessed the Grand Final of the 2026 World Vocational College Skills Competition, which showcased vocational skills and technical competencies.
Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan was accompanied by officers from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.



_________________________________
PERSIDANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL DUNIA 2026
TIANJIN, REPUBLIK RAKYAT CHINA – Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2026, yang berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober 2026 di Tianjin, Republik Rakyat China.
Persidangan tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China, Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China bagi UNESCO dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Tianjin. Persidangan tersebut menghimpunkan perwakilan dari lebih 100 buah negara dengan tema “TVET: Embracing Change, Forging Standards and Building a Shared Future.”
Semasa sesi Meja Bulat Peringkat Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan menegaskan semula komitmen Negara Brunei Darussalam untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kerjasama antara industri dengan institusi pendidikan, penerapan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pembelajaran sepanjang hayat serta penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang bersedia menghadapi keperluan masa hadapan, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.
Delegasi Negara Brunei Darussalam turut menghadiri sesi-sesi selari yang memfokuskan kepada pembangunan TVET, kerjasama serantau dan inovasi. Delegasi juga menyaksikan Peringkat Akhir Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional Sedunia 2026 yang mempamerkan kemahiran vokasional dan kompetensi teknikal para peserta.
Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.




0 Comments