Home 5 Press Releases 5 MINISTRY OF EDUCATION CLEANLINESS CAMPAIGN IN TEMBURONG DISTRICT

MINISTRY OF EDUCATION CLEANLINESS CAMPAIGN IN TEMBURONG DISTRICT

Oct 25, 2026 | Press Releases

SUNDAY | 14 JAMADILAWAL 1448 | 25 OCTOBER 2026

TEMBURONG – The Ministry of Education today conducted a Cleanliness Campaign covering sections of roads and surrounding areas in Kampung Menengah, Kampung Puni and Kampong Buda-Buda, Pekan Bangar, Temburong.

Present as the Guest of Honour to participate in the campaign was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education, Ministry of Education.

The event began with the recitation of the Doa Selamat, led by Yang Mulia Awang Haji Muhd Fairuz bin Haji Suhaile, Bilal of Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, followed by a safety briefing before the campaign commenced.

The cleaning effort focused on several roads divided into two zones, covering a section of the Jalan Pekan Bangar, starting from the Bangar Fire Station leading to the junction towards the residence of Kampung Menengah Village Head, as well as a section of Jalan Labu, starting from Masjid Kampung Puni to the junction leading to the boat landing area in Kampung Buda-Buda.

The campaign, which involved approximately 340 members of the Ministry of Education and 60 residents from the mukim and villages, and 38 participants from the National Service Programme (PKBN), managed to collect more than 495 kilograms of rubbish.

The Cleanliness Campaign is part of the Ministry of Education’s efforts to support the initiatives of the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK) towards ensuring a clean and pollution-free environment in Brunei Darussalam. The campaign, coordinated at the Ministry of Education level by the Department of Administration and Services, also aims to raise awareness among village residents and the general public of the importance of maintaining environmental cleanliness.

Also in attendance at the event were Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Member of the Legislative Council; Deputy Permanent Secretaries at the Ministry of Education; Village Heads of Kampung Menengah, Kampung Puni and Kampung Belais/Buda-Buda; officers from the Secretariat of the Steering Committee on Cleanliness Issues; officers and staff from the Ministry of Education; and residents of the villages involved.

_______________________________________________

KEMPEN KEBERSIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI DAERAH TEMBURONG

AHAD | 14 JAMADILAWAL 1448 | 25 OKTOBER 2026

TEMBURONG – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengendalikan Kempen Kebersihan di sebahagian jalan raya dan kawasan di Kampung Menengah, Kampung Puni dan Kampong Buda-Buda, Pekan Bangar, Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyertai kempen berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Muhd Fairuz bin Haji Suhaile, Bilal Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar dan seterusnya diikuti dengan penerangan keselamatan sebelum memulakan kempen kebersihan.

Usaha pembersihan tertumpu kepada beberapa jalan raya yang dibahagikan kepada dua zon, merangkumi sebahagian Jalan Pekan Bangar, bermula dari Balai Bomba Bangar hingga ke simpang menuju ke rumah Ketua Kampung Menengah, serta di sebahagian Jalan Labu, bermula dari Masjid Kampung Puni hingga ke persimpangan menuju ke tempat penurunan perahu di Kampung Buda-Buda.

Kempen yang disertai oleh kira-kira 340 orang warga Kementerian Pendidikan, 60 orang penduduk mukim dan kampung setempat serta 38 orang dari Program Khidmat Bakti Negara telah mengumpulkan lebih daripada 495 kilogram sampah-sarap.

Kempen Kebersihan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan dalam menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) ke arah memastikan persekitaran di Negara Brunei Darussalam sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran. Pelaksanaan kempen di peringkat Kementerian Pendidikan yang diselaraskan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk kampung dan orang awam mengenai kepentingan memelihara kebersihan persekitaran.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan; Ketua Kampung Menengah, Kampung Puni dan Kampung Belais/Buda-Buda; pegawai-pegawai dari Urusetia Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan; pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan serta penduduk-penduduk bagi kampung-kampung yang terlibat.

Check out these related post also…

0 Comments