HANOI, SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, and President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council for 2025 – 2027, concluded a working visit to Ho Chi Minh City and Hanoi, Socialist Republic of Viet Nam, from 26 to 27 October 2026.
As President of the SEAMEO Council, Yang Berhormat plays an important role in promoting cooperation among SEAMEO Member Countries, including through courtesy calls on Council Members and official visits to SEAMEO Regional Centres and Networks.
The programme in Ho Chi Minh City began with a visit to the SEAMEO Regional Training Centre (RETRAC), where Yang Berhormat was briefed on the Centre’s work in educational leadership and management, teacher professional development, research and training, which strengthens educational capacity across Southeast Asia. This was followed by a briefing from the SEAMEO Regional Centre for Lifelong Learning (CELLL) on its efforts to promote lifelong learning through research, training, policy development and regional cooperation, with an emphasis on expanding inclusive learning opportunities for people at all stages of life. Yang Berhormat also visited the Binh Chanh Inclusive Education Development Support Center to learn about its background, achievements, educational programmes, and teaching and learning practices.
The visit continued in Hanoi, where Yang Berhormat paid a courtesy call on His Excellency Associate Professor Dr. Hoang Minh Son, Minister of Education and Training of Viet Nam. They discussed bilateral cooperation and ways to further strengthen educational ties between Brunei Darussalam and Socialist Republic of Viet Nam. His Excellency congratulated the Ministry of Education, Brunei Darussalam, on its excellent PISA 2025 results, which showed improvement in all three domains and placed Brunei among the top three Southeast Asian countries participating in PISA. He also expressed his wish to enhance collaboration, particularly by reactivating the Joint Working Group between the two Ministries to develop joint initiatives, share knowledge and best practices, and learn from each other’s experiences.
Throughout the visit, Yang Berhormat was accompanied by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), in her capacity as Chair of the SEAMEO High Officials Meeting (SEAMEO HOM) for 2024 – 2026, together with officials from the Embassy of Brunei Darussalam in Viet Nam and the Ministry of Education, Brunei Darussalam.







__________________________________
LAWATAN KERJA KE REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM
HANOI, REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) bagi tahun 2025 – 2027, telah menamatkan lawatan kerja ke Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam, yang diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2026.
Sebagai Presiden Majlis SEAMEO, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah memegang peranan penting dalam memperkukuh kerjasama antara Negara-Negara Anggota SEAMEO melalui kunjungan hormat kepada Ahli-Ahli Majlis SEAMEO serta lawatan rasmi ke Pusat-Pusat Serantau dan Rangkaian SEAMEO.
Program lawatan di Bandar Ho Chi Minh dimulakan dengan lawatan kerja ke Pusat Latihan Serantau SEAMEO (RETRAC), di mana beliau mendengarkan taklimat berhubung fungsi utama dan inisiatif Pusat Serantau tersebut dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan, pembangunan profesional guru, penyelidikan dan latihan, yang bertujuan untuk memperkukuh kapasiti pendidikan di seluruh Asia Tenggara. Program lawatan diteruskan dengan taklimat oleh Pusat Serantau SEAMEO bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat (CELLL), yang mengetengahkan usaha Pusat Serantau tersebut dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat melalui penyelidikan, latihan, pembangunan dasar dan kerjasama serantau, dengan penekanan terhadap peluasan peluang pembelajaran inklusif bagi individu pada setiap peringkat kehidupan. Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah turut mengadakan lawatan ke Binh Chanh Inclusive Education Development Support Center, dimana beliau menerima penerangan mengenai latar belakang, pencapaian dan program pendidikan pusat berkenaan, termasuk amalan pengajaran dan pembelajarannya.
Lawatan kerja diteruskan di Hanoi, di mana Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr. Hoang Minh Son, Menteri Pendidikan dan Latihan Viet Nam bagi membincangkan kerjasama dua hala dan memperkukuh lagi hubungan pendidikan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Viet Nam. Tuan Yang Terutama turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, atas keputusan
PISA yang cemerlang, dengan peningkatan dalam ketiga-tiga domain, yang meletakkan Negara Brunei Darussalam antara tiga teratas dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mengambil bahagian dalam PISA. Beliau seterusnya menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan Negara Brunei Darussalam, khususnya dengan mengaktifkan semula Kumpulan Kerja Bersama antara kedua-dua kementerian, bagi mewujudkan inisiatif bersama, berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik serta belajar daripada pengalaman masing-masing.
Sepanjang lawatan kerja tersebut, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah diiringi oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO bagi penggal 2024 – 2026, pegawai-pegawai dari Kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Viet Nam, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.




0 Comments