Home 5 Press Releases 5 WORKING VISIT TO KINGDOM OF THAILAND

WORKING VISIT TO KINGDOM OF THAILAND

Oct 31, 2026 | Press Releases

BANGKOK, KINGDOM OF THAILAND – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, and President of the Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council for 2025 – 2027, concluded a working visit to Bangkok, Kingdom of Thailand, from 29 to 30 October 2026.

The visit is part of Yang Berhormat’s ongoing visits to strengthen cooperation among SEAMEO Member Countries, including courtesy calls on SEAMEO Council Members and visits to the SEAMEO Secretariat, Regional Centres and Networks.

In Bangkok, Yang Berhormat first paid a courtesy call on His Excellency Prasert Jantararuangtong, Minister of Education of Thailand, to discuss bilateral cooperation and ways to further strengthen educational ties between Brunei Darussalam and Thailand. The discussion covered Thailand’s education priorities, special needs education (particularly early intervention in early childhood education), the need for qualified teachers, and students’ reliance on AI. 

Yang Berhormat also met Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Director of the SEAMEO Secretariat, together with representatives of the Secretariat and the SEAMEO Regional Centres based in Bangkok, at the SEAMEO Secretariat Headquarters. The meeting was an opportunity to exchange views on the Centres’ mandates, programmes and initiatives in advancing regional cooperation in education, science and culture. The Centres represented were SEAMEO RIHED, which focuses on higher education development; SEAMEO SEPS, which promotes the Sufficiency Economy Philosophy for sustainability; SEAMEO STEM-ED, which advances science, technology, engineering and mathematics education; SEAMEO SPAFA, which promotes cooperation in archaeology and fine arts; and SEAMEO TROPMED Thailand, which specialises in tropical medicine. The discussion also covered the work of the SEAMEO TROPMED Network in tropical medicine and public health, highlighting the diverse contributions of SEAMEO’s specialised Centres and Networks to capacity-building, knowledge-sharing and sustainable development across Southeast Asia.

Yang Berhormat also visited Thungmahamek School for the Deaf to learn about its programmes and its teaching and learning approaches for deaf and hard-of-hearing students. The visit highlighted the importance of inclusive and accessible education, a theme that echoed her earlier discussion with Thailand’s Minister of Education on special needs education.

Throughout the visit, Yang Berhormat was accompanied by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), in her capacity as Chair of the SEAMEO High Officials Meeting (SEAMEO HOM) for 2024 – 2026, together with officials from the Ministry of Education, Brunei Darussalam.

______________________________________________________

LAWATAN KERJA KE KERAJAAN THAILAND

BANGKOK, KERAJAAN THAILAND – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) bagi tahun 2025 – 2027, telah menamatkan lawatan kerja ke Bangkok, Kerajaan Thailand, dari 29 hingga 30 Oktober 2026.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan berterusan Yang Berhormat bagi mengukuhkan kerjasama di kalangan Negara-Negara Anggota SEAMEO, termasuk lawatan hormat ke atas Ahli-Ahli Majlis SEAMEO serta lawatan ke Sekretariat, Pusat-Pusat Serantau dan Rangkaian SEAMEO.

Semasa di Bangkok, Yang Berhormat terlebih dahulu mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Prasert Jantararuangtong, Menteri Pendidikan Thailand, bagi membincangkan kerjasama dua hala serta cara-cara untuk mempereratkan lagi hubungan pendidikan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Thailand. Perbincangan tersebut merangkumi keutamaan pendidikan Thailand, pendidikan keperluan khas (terutamanya intervensi awal dalam pendidikan awal kanak-kanak), keperluan terhadap guru-guru yang berkelayakan, serta kebergantungan pelajar kepada AI.

Yang Berhormat turut bertemu dengan Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, Pengarah Sekretariat SEAMEO, bersama-sama wakil-wakil Sekretariat dan Pusat-Pusat Serantau

SEAMEO yang berpangkalan di Bangkok, bertempat di Ibu Pejabat Sekretariat SEAMEO. Pertemuan tersebut merupakan peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai mandat, program dan inisiatif Pusat-Pusat berkenaan dalam memajukan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, sains dan budaya. Pusat-Pusat yang diwakili ialah SEAMEO RIHED yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan tinggi; SEAMEO SEPS yang menggalakkan Falsafah Ekonomi Kecukupan bagi kelestarian; SEAMEO STEM-ED yang memajukan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik; SEAMEO SPAFA yang menggalakkan kerjasama dalam bidang arkeologi dan seni halus; dan SEAMEO TROPMED Thailand yang mengkhusus dalam bidang perubatan tropika. Perbincangan tersebut turut meliputi kerja-kerja Rangkaian SEAMEO TROPMED dalam bidang perubatan tropika dan kesihatan awam, sekali gus menonjolkan sumbangan pelbagai Pusat dan Rangkaian khusus SEAMEO ke arah pembangunan kapasiti, perkongsian ilmu pengetahuan dan pembangunan mampan di seluruh Asia Tenggara.

Yang Berhormat turut mengadakan lawatan ke Thungmahamek School for the Deaf bagi mempelajari program serta pendekatan pengajaran dan pembelajarannya untuk pelajar-pelajar pekak dan kurang pendengaran. Lawatan tersebut menekankan kepentingan pendidikan yang inklusif dan mudah diakses, satu tema yang selari dengan perbincangan beliau sebelum ini bersama Menteri Pendidikan Thailand mengenai pendidikan keperluan khas.

Sepanjang lawatan tersebut, Yang Berhormat diiringi oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) selaku

Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan SEAMEO (SEAMEO HOM) bagi penggal 2024 – 2026, bersama-sama pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Check out these related post also…

0 Comments