THURSDAY | 25 JAMADILAWAL 1448 | 5 NOVEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Spiritual Activities Division, Department of Co-Curriculum Education, today held the Finals of the National Islamic Speech Competition for Primary Schools in Brunei Darussalam 2026 at Centre Stage, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Acting Secretary of the Brunei Islamic Religious Council, Islamic Religious Council Department, Ministry of Religious Affairs.
A total of 40 participants underwent an online preliminary selection round, comprising students from government and private primary schools under the purview of the Ministry of Education, as well as schools under the purview of the Ministry of Religious Affairs. Of these, 10 participants advanced to the final round, comprising five participants in the Lower Primary Boys Category and five participants in the Lower Primary Girls Category.
The champion for the Lower Primary Boys Category was Awang Md Muqri Hamizan from Sekolah Rendah Masin, while the runner-up was Awang Muhd Aqil Adnan from Freda Radin School and followed by Awang Muhammad ‘Aaisy Aiman Fidaiey from Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.
The champion for the Lower Primary Girls Category was Dayang Amara Sofia from St. Andrew’s School, while the runner-up was Dayang Nur Qistina Amanda from Sekolah Rendah Beribi Telanai and followed by Dayangku Nur Rania Qaisara from Sekolah Rendah Dato Othman.
The aims and objectives of the competition are to enhance students’ confidence in public speaking, enabling them to deliver presentations and share information more comfortably and confidently. It also seeks to improve communication skills and fluency in presenting knowledge or arguments, while fostering a positive competitive spirit among students.









______________________________________
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN NATIONAL ISLAMIC SPEECH
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 2026
KHAMIS | 25 JAMADILAWAL 1448 | 5 NOVEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan National Islamic Speech bagi Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Tahun 2026 di Centre Stage, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Pertandingan ini telah melalui peringkat saringan secara dalam talian yang disertai oleh seramai 40 orang peserta, terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Daripada jumlah tersebut, seramai 10 peserta berjaya mara ke peringkat akhir, terdiri daripada lima peserta Kategori Rendah Lelaki dan lima peserta Kategori Rendah Perempuan.
Juara pertandingan bagi Kategori Rendah Lelaki ialah Awang Md Muqri Hamizan dari Sekolah Rendah Masin, manakala naib juara ialah Awang Muhd Aqil Adnan dari Sekolah Freda Radin dan tempat ketiga ialah Awang Muhammad ‘Aaisy Aiman Fidaiey dari Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.
Juara pertandingan bagi Kategori Rendah Perempuan ialah Dayang Amara Sofia dari Sekolah St. Andrew’s, manakala naib juara ialah Dayang Nur Qistina Amanda dari Sekolah Rendah Beribi Telanai dan tempat ketiga ialah Dayangku Nur Rania Qaisara dari Sekolah Rendah Dato Othman.
Antara tujuan dan objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam penyampaian ucapan awam, serta membantu mereka menyampaikan pembentangan dan perkongsian dengan lebih mudah serta yakin. Pertandingan ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kelancaran murid dalam menyampaikan ilmu atau hujah, di samping memupuk sikap persaingan yang positif dalam kalangan pelajar.




0 Comments