Wednesday | 1 Jamadilakhir 1448 | 11 November 2026
GADONG – The Ministry of Education today held the Closing Ceremony of the Inaugural Southeast Asia PISA (Programme for International Student Assessment) Education Consortium 2026 at Songket Ballroom, Rizqun International Hotel.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, in her capacity as the PISA Governing Board of Brunei Darussalam.
The ceremony marked the conclusion of the two-day consortium with the participation of delegates from Southeast Asian countries, partner countries from East Asia, as well as experts from the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
The second day of the programme included working visits by delegates to Sekolah Rendah Mabohai and Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. The visit formed part of the consortium programme, providing delegates with the opportunity to visit educational institutions in Brunei Darussalam.
In the afternoon, the programme continued with a Dialogue Session themed “Lessons from PISA 2025 Results – Current Challenges and Future Opportunities”, featuring sharing sessions by OECD experts and invited delegates. The session provided a platform for participants to exchange views and discuss current challenges and future opportunities based on the PISA 2025 findings.
The closing ceremony was presented with a presentation on an overview of the best practices and policy from PISA 2026 findings by the OECD experts.
As a follow-up to the consortium, a special session will be held on 12 November 2026, involving school leaders in the morning and system leaders in the afternoon. The session will also include a briefing on Brunei Darussalam’s PISA 2025 results, alongside a series of interactive workshops.
The Inaugural Southeast Asia PISA Education Consortium 2026 carries the theme “Advancing Innovative and Sustainable Education: From PISA Evidence to Action”, which emphasises the importance of translating PISA evidence and findings into meaningful actions to strengthen education systems that are more innovative, responsive, and sustainable.
The consortium taking place from 10 to 12 November 2026, is hosted by Brunei Darussalam as the inaugural host, with its implementation coordinated by the Department of Planning, Development and Research as well as the International Relations Division, Ministry of Education. It serves as a regional collaborative platform bringing together Southeast Asian countries and partner countries from East Asia to encourage the sharing of experiences, best practices and evidence-informed approaches towards enhancing educational quality and equity.
Through this consortium, it is hoped that regional cooperation, the sharing of knowledge and best practices, as well as professional networks in education will continue to be strengthened, contributing towards efforts to enhance the quality and equity of education across the region.








_____________________________________________________________________________________________________
MAJLIS PENUTUP RASMI KONSORTIUM PENDIDIKAN PISA ASIA TENGGARA KALI PERTAMA TAHUN 2026,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hari Rabu | 1 Jamadilakhir 1448 | 11 November 2026
GADONG – Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Konsortium Pendidikan PISA (Programme for International Student Assessment) Asia Tenggara Kali Pertama Tahun 2026 bertempat di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, selaku Ahli Lembaga Tadbir PISA (PISA Governing Board) Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut merupakan kemuncak kepada penganjuran konsortium dengan penyertaan delegasi daripada negara-negara Asia Tenggara, negara-negara rakan dari Asia Timur serta pakar-pakar daripada Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Organisation for Economic Co-operation and Development – OECD).
Antara pengisian program pada hari kedua ialah lawatan kerja delegasi ke Sekolah Rendah Mabohai dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian konsortium yang memberi peluang kepada para delegasi untuk mengunjungi institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam.
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Sesi Dialog bertemakan “Lessons from PISA 2025 Results – Current Challenges and Future Opportunities”, yang menampilkan sesi perkongsian daripada pakar-pakar OECD dan delegasi jemputan. Sesi tersebut menjadi platform bagi para peserta untuk bertukar pandangan dan membincangkan cabaran semasa serta peluang masa hadapan berdasarkan dapatan PISA 2025.
Majlis Penutup mendengarkan pembentangan yang merumuskan amalan-amalan terbaik serta dapatan dan pandangan dasar pendidikan hasil PISA 2026 yang dikongsikan sepanjang konsortium oleh pakar OECD.
Sebagai kesinambungan kepada Konsortium berkenaan, satu sesi khas akan diadakan pada 12 November ini, yang melibatkan pemimpin-pemimpin sekolah pada sesi pagi dan pemimpin-pemimpin sistem (system leaders) pada sesi petang. Sesi tersebut turut merangkumi taklimat keputusan PISA 2025 bagi Negara Brunei Darussalam, di samping bengkel-bengkel interaktif.
Konsortium Pendidikan PISA Asia Tenggara Kali Pertama Tahun 2026 bertemakan “Advancing Innovative and Sustainable Education: From PISA Evidence to Action”, yang menekankan kepentingan penggunaan bukti dan dapatan PISA dalam menyokong pembangunan dasar serta pendekatan pendidikan yang lebih inovatif, responsif dan mampan.
Konsortium yang berlangsung pada 10 hingga 12 November 2026 ini dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah bagi edisi sulung konsortium berkenaan, dengan pelaksanaannya diselaraskan oleh Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan serta Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan. Konsortium ini merupakan satu platform kerjasama serantau yang menghimpunkan negara-negara Asia Tenggara serta negara-negara rakan dari Asia Timur bagi menggalakkan perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan berasaskan bukti dalam usaha meningkatkan kualiti dan kesaksamaan pendidikan.
Melalui penganjuran konsortium ini, diharap kerjasama serantau, perkongsian ilmu dan amalan terbaik serta jaringan profesional dalam bidang pendidikan akan terus diperkukuh, seterusnya menyumbang kepada usaha meningkatkan kualiti dan kesaksamaan pendidikan di rantau ini.




0 Comments