Home 5 Press Releases 5 STUDENTS IN STEAM (SIS) 2026 AWARD PRESENTATION CEREMONY AND SHBIE STEAM SHOWCASE

STUDENTS IN STEAM (SIS) 2026 AWARD PRESENTATION CEREMONY AND SHBIE STEAM SHOWCASE

Nov 19, 2026 | Press Releases

Wednesday | 8 Jamadilakhir 1448 | 18 November 2026

The Ministry of Education, through the Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, in collaboration with the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD), held a Prize Presentation Ceremony for the winners of the ‘Students in STEAM (SIS) 2026 Competition’ at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Head of the STEP Centre, who presented prizes to the winners of the competition.

The Prize Presentation Ceremony was held in conjunction with the SHBIE STEAM Showcase, organised by the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), UBD, from 18 to 19 November 2026.

The SHBIE STEAM Showcase aims to provide a platform to promote STEAM education, enhance public understanding and awareness of science, and highlight the research achievements and innovations of SHBIE students.

The Students in STEAM (SIS) competition is one of STEP Centre’s initiatives to encourage student participation in the fields of Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM). The competition also aims to nurture creativity, innovation, critical thinking and problem-solving skills among students through the development of ideas and projects that integrate various STEAM disciplines.

The organisation of these two events reflects the continued commitment of STEP Centre, Ministry of Education, and SHBIE, UBD, towards strengthening STEAM education in Brunei Darussalam. It also provides opportunities to encourage knowledge sharing, research and innovation, while allowing students to showcase their talents, creativity and potential in the field of STEAM.

_____________________________________________________________________

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN STUDENTS IN STEAM (SIS) 2026 DAN SHBIE STEAM SHOWCASE

Rabu |8 Jamadilakhir 1448 | 18 November 2026

Kementerian Pendidikan, melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), dengan kerjasama Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi para pemenang pertandingan ‘Students in STEAM (SIS) 2026’ di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah YM Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Ketua Pusat STEP, yang menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah ini diselajurkan dengan acara SHBIE ‘STEAM Showcase’, anjuran Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), UBD, yang berlangsung pada 18 dan 19 November 2026.

Acara SHBIE ‘STEAM Showcase’ bertujuan untuk menyediakan platform bagi mempromosikan pendidikan STEAM, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap bidang sains serta mengetengahkan pencapaian penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan oleh para pelajar SHBIE.

Pertandingan ‘Students in STEAM (SIS)’ merupakan salah satu inisiatif Pusat STEP dalam menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM). Pertandingan ini turut bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi, pemikiran kritis serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar melalui penghasilan idea dan projek yang mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu STEAM.

Penganjuran kedua-dua acara ini mencerminkan komitmen berterusan Pusat STEP, Kementerian Pendidikan, dan SHBIE, UBD, dalam memperkukuh pendidikan STEAM di negara ini, di samping menggalakkan perkongsian ilmu, penyelidikan dan inovasi serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan bakat dan potensi mereka dalam bidang STEAM.

Check out these related post also…

0 Comments