Home 5 Press Releases 5 BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS NETBALL CUP (BDSNC) 2026

BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS NETBALL CUP (BDSNC) 2026

Nov 21, 2026 | Press Releases

SATURDAY | 11 JAMADILAKHIR 1448 | 21 NOVEMBER 2026

BERAKAS – The Ministry of Education in collaboration with the Brunei Darussalam Netball Association (BNA), today held the Closing Ceremony and Prize Presentation of the Brunei Darussalam Schools Netball Cup (BDSNC) 2026 at the Multipurpose Hall (MPH), Hassanal Bolkiah National Sports Complex.

Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation was Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Education, Brunei Darussalam.

This championship was participated in by a total of 276 students aged 17 and under from 23 government and private secondary schools and colleges under the purview of the Ministry of Education, as well as schools under the purview of the Ministry of Religious Affairs. The championship lasted for five days, on 26 and 27 August, as well as 18, 19 and 21 November 2026.

The champion of the competition was Sekolah Menengah Pengrian Anak Puteri Hajah Masna, while the runner-up was Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong.

Among the objectives of the tournament were to provide students with exposure and opportunities to participate in netball continuously at both school and national levels, as well as to identify promising and talented students for potential inclusion in the netball Centre of Training (COT) programmes in all four districts. The tournament also aims to identify potential athletes to represent the Brunei Darussalam Schools Sports Council (MS SSBD) Netball Team in national, regional and international competitions.

In addition, the tournament aims to improve students’ participation, representation and achievements under the Student Character Programme (Program Sahsiah Pelajar – PSP), nurture and identify students’ talents and potential in netball, and strengthen cooperation and networks among educational institutions and relevant agencies through sporting activities.

The tournament also supports the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly in promoting healthy lifestyles and well-being for people of all ages. Furthermore, it serves as a platform to instill positive values through sports, including healthy and active living, discipline, resilience, leadership and teamwork among students.

___________________________________________________________________

PIALA BOLA JARING SEKOLAH-SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 2026

SABTU | 11 JAMADILAKHIR 1448 | 21 NOVEMBER 2026

BERAKAS – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA), pada hari ini telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Piala Bola Jaring Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan. Negara Brunei Darussalam.

Kejohanan ini disertai oleh seramai 276 orang pelajar yang berumur 17 tahun dan ke bawah daripada 23 buah sekolah menengah dan maktab kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kejohanan telah berlangsung selama lima hari, iaitu pada 26 dan 27 Ogos serta 18, 19 dan 21 November 2026.

Juara pertandingan disandang oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, manakala naib juara ialah Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Antara matlamat kejohanan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam mengikuti sukan bola jaring secara berterusan di peringkat sekolah dan negara, di samping mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berbakat untuk diserapkan ke dalam program latihan pusat Centre of Training (COT) sukan bola jaring di keempat-empat daerah. Kejohanan ini juga bertujuan untuk menyediakan atlet-atlet berpotensi bagi mewakili Pasukan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) ke kejohanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Selain itu, kejohanan ini turut bertujuan untuk meningkatkan markah penglibatan, perwakilan dan pencapaian pelajar-pelajar dalam Program Sahsiah Pelajar (PSP), mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang sukan bola jaring serta meningkatkan dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi-institusi pendidikan dan agensi-agensi berkaitan melalui aktiviti sukan.

Kejohanan ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), khususnya dalam menggalakkan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua lapisan umur. Di samping itu, kejohanan ini turut menerapkan nilai-nilai murni melalui sukan seperti amalan gaya hidup sihat dan cergas, disiplin, daya tahan, kepimpinan serta semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Check out these related post also…

0 Comments