SATURDAY | 18 JAMADILAKHIR 1448 | 28 NOVEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Spiritual Activities Division, the Department of Co-Curricular Education, today held the Final Round of the Murattal al-Quran Competition for Government and Private Primary and Secondary Schools Nationwide 1448/2026 at Sekolah Rendah Rimba III.
Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation to the winners was Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Assistant Director of Co-Curricular Education, Department of Co-Curricular Education, Ministry of Education.
The preliminary round of the competition attracted a total of 95 participants from 39 government and private primary and secondary schools under the purview of the Ministry of Education.
For today’s final round, eight participants were selected to compete in the secondary school category, comprising four male and four female participants. Meanwhile, for the primary school category, the judging process was conducted online.
The champion for the Secondary School Boys Category was Awang Hj Muhammad Aiman Rayyan bin Hj Mohd Fazilah from Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, while the runner-up was Awang Muhammad Fahmi Razin bin Mohammad Ramizan from Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien and followed by Awang Muhammad Arsyad Shahliheen bin Hj Mohamad Aslenan from Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
The champion for the Secondary School Girls Category was Dayang Nur Damia Faqihah binti Mohd Aji from Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, while the runner-up was Dayang Nur Fatihah binti Mohammad Amirul Azmi from Sekolah Menengah Rimba II and followed by Dayang Nusaibai Al-Wathiqatu Billah binti Yusri from Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The champion for the Primary School Boys Category was Awang Ahmad Mauiyyad Az-Zubair bin Hj Umar from Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar, while the runner-up was Awang Mohammad Zakwan bin Hj Awang Mohamad Zul’izzi from Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah and followed by Awang Md. Faaeq Imtiyaz bin Hj Sudirman from Sekolah Rendah Tungku.
The champion for the Primary School Girls Category was Dayang Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri from Sekolah Al-Falaah, Ban 5, while the runner-up was Dayang Farisha Vivy Alpersha binti Mohammad Shakirin from Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar and followed by Dayang Nur Saffiyyah Azzahra binti Hafiz from Sekolah dari Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar. The competition aims to cultivate the practice of reciting the al-Quran in the Murattal style among students. In addition, it also seeks to improve the quality of Quranic recitation by ensuring fluency and accuracy in accordance with the proper rules of Tajwid, while identifying talent, developing character and instilling discipline in line with Islamic values.






_____________________________________________________________
PERTANDINGAN MURATTAL AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
DAN MENENGAH SENEGERA TAHUN 1448/2026
SABTU | 18 JAMADILAKHIR 1448 | 28 NOVEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Murattal al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Swasta Senegara Tahun 1448/2026, bertempat di Sekolah Rendah Rimba III.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.
Pada peringkat saringan, pertandingan ini telah disertai oleh seramai 95 orang peserta daripada 39 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.
Bagi peringkat akhir yang berlangsung pada hari ini, seramai lapan orang peserta telah terpilih untuk bertanding dalam kategori sekolah menengah, yang terdiri daripada empat orang peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan. Manakala, bagi kategori sekolah rendah, proses penghakiman telah dilaksanakan secara dalam talian.
Juara pertandingan bagi Kategori Lelaki Sekolah Menengah ialah Awang Hj Muhammad Aiman Rayyan bin Hj Mohd Fazilah dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja. Manakala naib juara ialah Awang Muhammad Fahmi Razin bin Mohammad Ramizan dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien dan tempat ketiga ialah Awang Muhammad Arsyad Shahliheen bin Hj Mohamad Aslenan dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain.
Juara pertandingan bagi Kategori Perempuan Sekolah Menengah ialah Dayang Nur Damia Faqihah binti Mohd Aji dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah. Manakala naib juara ialah Dayang Nur Fatihah binti Mohammad Amirul Azmi dari Sekolah Menengah Rimba II dan tempat ketiga ialah Dayang Nusaibai Al-Wathiqatu Billah binti Yusri dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juara pertandingan bagi Kategori Lelaki Sekolah Rendah ialah Awang Ahmad Mauiyyad Az-Zubair bin Hj Umar dari Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar. Manakala naib juara ialah Awang Mohammad Zakwan bin Hj Awang Mohamad Zul’izzi dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan tempat ketiga ialah Awang Md. Faaeq Imtiyaz bin Hj Sudirman dari Sekolah Rendah Tungku.
Juara pertandingan bagi Kategori Perempuan Sekolah Rendah ialah Dayang Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri dari Sekolah Al-Falaah, Ban 5. Manakala naib juara ialah Dayang Farisha Vivy Alpersha binti Mohammad Shakirin dari Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar dan tempat ketiga ialah Dayang Nur Saffiyyah Azzahra binti Hafiz dari Sekolah dari Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan amalan membaca al-Quran secara murattal dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan al-Quran agar lebih lancar dan sempurna mengikut hukum tajwid yang betul, selain mencungkil bakat serta membentuk sahsiah dan memupuk disiplin berlandaskan nilai-nilai Islam.




0 Comments