Saturday | 7 Rabiulakhir 1448 | 19th September 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Ministry of Education in collaboration with the Ministry of Religious Affairs, today held the Surah Yasin and Tahlil recitation for Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al-Marhum Duli YangTeramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. The ceremony was held at the Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026.
Present as the Guests of Honour at the ceremony were Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Deputy Minister of Education and Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Minister of Religious Affairs.
Also present were Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Permanent Secretary of the Ministry of Religious Affairs; the Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei; the Ra’es of Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Deputy Permanent Secretaries; Heads of Departments; as well as senior officers from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs.
The mass recitation of Surah Yasin was led by Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Sahat, Special Nazir, Department of Islamic Studies, followed by the recitation of Tahlil and Doa Arwah. The ceremony concluded with the recitation of the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
As part of the 36th Teachers’ Day Celebration 2026, the ceremony aims to seek the blessings and mercy of Allah Subhanahu Wa Ta’ala, as well as to commemorate the contributions and pray for teachers who have passed away. The theme for the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 is ‘Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi’.
The ceremony was also attended by officers, teachers and students from educational institutions under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs.




___________________________________
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-36
Sabtu | 7 Rabiulakhir 1448 | 19 September 2026
Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama pada petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, bersempena dengan Sambutan Hari Guru Kali Ke-36, Tahun 2026.
Hadir sama di majlis petang tadi ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, Pemangku Menteri Pendidikan.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei; Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan serta para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan.
Bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Sahat, Nazir Khas, Jabatan Pengajian Islam, diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Acara ini menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Kali Ke-36, Tahun 2026 bagi Negara Brunei Darussalam, serta memohon keberkatan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas majlis yang diadakan, di samping mengenang jasa dan mendoakan para guru yang telah kembali ke rahmatullah. Tema bagi Majlis Sambutan Hari Guru Kali Ke-36, Tahun 2026 ialah ‘Guru Pemangkin Pendidikan Lestari dan Inovasi’.
Acara turut disertai oleh para pegawai, guru-guru serta pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.




0 Comments