Home 5 Press Releases 5 EDUTALK 2026 IN CONJUNCTION WITH THE 36TH TEACHERS’ DAY CELEBRATION

EDUTALK 2026 IN CONJUNCTION WITH THE 36TH TEACHERS’ DAY CELEBRATION

Oct 29, 2026 | Press Releases

EDUTALK 2026 IN CONJUNCTION WITH THE 36TH TEACHERS’ DAY CELEBRATION

Wednesday | 17 Jamadilawal 1448 | 28 October 2026

TUNGKU LINK – The Ministry of Education, through the Department of Educators Management, today held the EduTALK 2026 in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Present as the Guest of Honour for the morning session on the first day was Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Acting Minister of Education, Ministry of Education.

EduTALK 2026 is being held over two days, from 28 to 29 October 2026, comprising four sessions conducted in the morning and afternoon. The programme, which follows the same content and format for each session, brings together a total of 6,600 educators, comprising teachers and school leaders nationwide. Under the theme “Heart and Mind of the Teacher: Reaffirming Why We Educate”, EduTALK 2026 aims to strengthen educators’ professional identity and purpose, as well as reinforce their dedication to the teaching profession.

The programme also emphasises the importance of educators’ well-being and resilience, the strengthening of educational practices grounded in the Melayu Islam Beraja (MIB) philosophy, as well as teachers’ readiness to navigate the changes and challenges of the evolving educational landscape.

The morning session began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, led by Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Brahim, Principal Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman, Department of Educators Management. This was followed by a welcoming remark delivered by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Director of Educators Management, Ministry of Education as the Chairperson of EduTALK 2026.

The session continued with a keynote address delivered by Yang Mulia Professor Tan Oon Seng, Dean of Special Projects and Centre Director of the Singapore Centre for Character and Citizenship Education (SCCCE) at the National Institute of Education (NIE), Nanyang Technological University, Singapore. An internationally recognised scholar in teacher education and character development, Professor Tan is the creator of the V³SK Model, which places values at the centre of teaching and learning.

The keynote address explored four key themes: “Why We Teach”, “What Sustains Us”, “Values and Care”, and “Minds Open to the World”. The discussion also addressed the future of education in an era increasingly shaped by Artificial Intelligence (AI), while reaffirming the enduring importance of professional judgement, empathy, ethical leadership and meaningful human relationships in teaching.

Each session comprises a keynote address followed by a facilitated Learning Circle by the Brunei Darussalam Leadership and Teacher Academy (BDLTA), providing opportunities for professional dialogue, reflection and collaborative learning. Insights and reflections gathered during the event will inform BDLTA’s professional learning and leadership development initiatives for 2027.

In addition, EduTalk 2026 supports the realisation of Wawasan Brunei 2035, particularly Goal 1: An Educated, Highly-Skilled and Accomplished People, while contributing to the implementation of strategic priorities outlined in the Ministry of Education Strategic Plan 2023–2027. Through this initiative, the Ministry of Education reaffirms its commitment to continuously empowering the teaching profession and supporting educators as catalysts for educational excellence and national development.

Also present were Acting Permanent Secretary (Core Education), Deputy Permanent Secretary, Heads of Departments and officers from the Ministry of Education.

_______________________________________________________________________________________

EDUTALK 2026 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36

Hari Rabu | 17 Jamadilawal 1448 | 28 Oktober 2026

TUNGKU LINK – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan EduTALK 2026 sempena Sambutan Hari Guru Ke-36 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi sesi pagi pada hari pertama ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Pemangku Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

EduTALK 2026 berlangsung selama dua hari, bermula 28 hingga 29 Oktober 2026, merangkumi empat sesi yang diadakan pada sebelah pagi dan petang. Program yang dilaksanakan dengan pengisian dan format yang serupa bagi setiap sesi ini menghimpunkan seramai 6,600 orang pendidik, terdiri daripada guru dan pemimpin sekolah dari seluruh negara. Bertemakan “Hati dan Minda Guru: Meneguhkan Semula Mengapa Kita Mendidik”, EduTALK 2026 bertujuan memperkukuh tujuan dan identiti profesional pendidik serta memperteguh komitmen mereka terhadap profesion keguruan.

Program ini turut menekankan kepentingan kesejahteraan dan daya tahan pendidik, pengukuhan amalan pendidikan yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), serta kesiapsiagaan guru dalam menghadapi perubahan dan cabaran landskap pendidikan masa kini.

Sesi pagi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Brahim, Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman. Acara diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah, Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi EduTALK 2026.

Sesi diteruskan dengan penyampaian ucaptama yang disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Tan Oon Seng, Dekan Projek Khas dan Pengarah Pusat, Singapore Centre for Character and Citizenship Education (SCCCE), National Institute of Education (NIE), Nanyang Technological University (NTU), Singapura. Beliau merupakan tokoh pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan guru dan pembangunan sahsiah serta pencetus Model V³SK yang menekankan nilai sebagai teras utama pengajaran dan pembelajaran.

Ucaptama tersebut mengupas empat tema utama, iaitu “Mengapa Kita Mendidik”, “Apa yang Menguatkan Kita”, “Nilai dan Keprihatinan” serta “Minda yang Terbuka kepada Dunia”. Perbincangan turut menyentuh masa depan pendidikan dalam era Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI), dengan memberikan penekanan terhadap kepentingan pertimbangan profesional, empati, kepimpinan beretika serta hubungan kemanusiaan yang bermakna dalam profesion keguruan.

Setiap sesi merangkumi penyampaian ucaptama dan sesi Learning Circle yang dikendalikan oleh fasilitator Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), bagi menggalakkan refleksi profesional, dialog bermakna, serta pembelajaran kolaboratif. Dapatan dan hasil refleksi yang dihimpunkan sepanjang program ini akan dimanfaatkan dalam perancangan program pembelajaran profesional dan pembangunan kepimpinan BDLTA bagi tahun 2027.

Selain itu, EduTalk 2026 turut mendukung usaha ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035, khususnya Matlamat 1: Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya, serta menyumbang kepada pelaksanaan keutamaan strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023–2027. Melalui inisiatif ini, Kementerian Pendidikan terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan profesion keguruan serta menyokong pembangunan profesional warga pendidik sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan dan pembangunan negara.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan, dan para pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Rujukan:   KPE/CCD/K1:2/PR/2026/174 (M)

Tarikh:       17 Jamadilawal 1448 | 28 Oktober 2026

Check out these related post also…

0 Comments