BRUNEI DARUSSALAM PARTICIPATES IN THE 2ND SENIOR OFFICIALS’ MEETING (SOM2) AND THE 10TH ASIA-EUROPE MEETING OF MINISTERS FOR EDUCATION (ASEMME10) IN BOHOL, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES
BOHOL, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES – Brunei Darussalam participated in the 2nd Senior Officials’ Meeting (SOM2) and the 10th Asia-Europe Meeting of Ministers for Education (ASEMME10), held from 24 to 26 November 2026 at the BE Grand Convention Centre, Panglao, Bohol, Republic of the Philippines.
The meetings were attended by Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Education, who represented the Minister of Education of Brunei Darussalam.

The meetings were organised by the Commission on Higher Education (CHED) of the Republic of the Philippines, in collaboration with the ASEM Education Secretariat, bringing together representatives from ASEM partner countries to strengthen educational cooperation between Asia and Europe. A total of approximately 150 participants attended the meetings, comprising of Ministers, Ambassadors and senior officials from ministries and education authorities of ASEM partner countries in Asia and Europe, as well as representatives from various stakeholder organisations.
During SOM2, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu shared updates on Brunei Darussalam’s latest education initiatives and activities, highlighting the country’s efforts in strengthening education connectivity and cooperation between Asia and Europe.
In conjunction with SOM2 and ASEMME10, the Brunei Darussalam delegation also attended several side events, including the 13th ASEM-DUO Expert Meeting, officiated by the ASEM-DUO Secretariat. The meeting provided a platform for discussions and exchanges on the ASEM-DUO Fellowship Programme and academic mobility cooperation.
The delegation also attended the High-Level Soft Launch and Demonstration of the ASEAN GEMS+ Prototype, organised by the Commission on Higher Education (CHED), in partnership with Education Malaysia Global Services (EMGS). The session showcased the ASEAN GEMS+ prototype and its role in supporting regional higher education cooperation.
During ASEMME10, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu participated in the Ministerial Roundtable Session, where she delivered Brunei Darussalam’s National Statement on Mobility and Recognition. The statement highlighted the importance of mobility and recognition in supporting the development of a highly educated and skilled population, in line with the aspirations of Brunei Vision 2035.
The statement also highlighted Brunei Darussalam’s continued efforts to strengthen its qualifications and recognition system, while expanding mobility opportunities within the higher education sector. It further underscored the importance of regional and international cooperation in quality assurance, identifying opportunities for ASEM partners to enhance collaboration in strengthening quality assurance networks, facilitating credit transfer, and advancing the recognition of digital credentials and micro-credentials.
Through its participation in SOM2, ASEMME10 and the related side events, Brunei Darussalam reaffirmed its commitment to promoting inclusive, accessible and sustainable mobility, strengthening the recognition of qualifications, and fostering closer education cooperation between Asia and Europe.


_________________________________________________________________________
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENYERTAI MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KALI KE-2 (SOM2) DAN MESYUARAT MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA-EROPAH KALI KE-10 (ASEMME10)
DI BOHOL, REPUBLIK FILIPINA
BOHOL, REPUBLIK FILIPINA – Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Kali Ke-2 (SOM2) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asia-Eropah Kali Ke-10 (ASEMME10) yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 November 2026 di BE Grand Convention Centre, Panglao, Bohol, Republik Filipina.
Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, yang mewakili Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat-mesyuarat tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Pendidikan Tinggi (CHED), Republik Filipina, dengan kerjasama Sekretariat Pendidikan ASEM, bagi menghimpunkan wakil-wakil negara rakan ASEM untuk memperkukuh kerjasama pendidikan antara Asia dan Eropah. Seramai sekitar 150 orang peserta telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut, yang terdiri daripada para Menteri, Duta-Duta Besar dan pegawai-pegawai kanan daripada kementerian serta pihak berkuasa pendidikan negara-negara rakan ASEM di Asia dan Eropah, di samping wakil-wakil organisasi berkepentingan.
Semasa SOM2, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu turut berkongsi perkembangan terkini mengenai inisiatif dan aktiviti pendidikan Negara Brunei Darussalam, yang mengetengahkan usaha negara dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama pendidikan antara Asia dan Eropah.
Sejajar dengan penganjuran SOM2 dan ASEMME10, delegasi Negara Brunei Darussalam turut menghadiri beberapa acara sampingan, termasuk Mesyuarat Pakar-Pakar ASEM-DUO kali ke-13 yang dirasmikan oleh Sekretariat ASEM-DUO. Mesyuarat tersebut menyediakan platform bagi perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai Program Felo ASEM-DUO serta kerjasama dalam bidang mobiliti akademik.
Delegasi juga telah menghadiri Majlis Pelancaran dan Demonstrasi Awal Peringkat Tertinggi Prototaip ASEAN GEMS+ yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pendidikan Tinggi (CHED) dengan kerjasama Perkhidmatan Pendidikan Global Malaysia (EMGS). Sesi tersebut mengetengahkan prototaip ASEAN GEMS+ serta peranannya dalam menyokong kerjasama pendidikan tinggi di peringkat serantau.
Semasa ASEMME10, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu telah menyertai Sesi Meja Bulat Menteri-Menteri dan menyampaikan Kenyataan Negara Brunei Darussalam mengenai Mobiliti dan Pengiktirafan. Kenyataan tersebut menekankan kepentingan mobiliti dan pengiktirafan dalam menyokong pembangunan modal insan yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.
Kenyataan tersebut turut mengetengahkan usaha berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuh sistem kelayakan dan pengiktirafan, serta memperluas peluang mobiliti dalam sektor pendidikan tinggi. Di samping itu, kepentingan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang jaminan kualiti turut ditekankan, termasuk mengenal pasti peluang kerjasama melalui ASEM untuk memperkukuh rangkaian jaminan kualiti, memudah cara pemindahan kredit serta meningkatkan pengiktirafan kelayakan digital dan kelayakan mikro.
Melalui penyertaan dalam SOM2, ASEMME10 dan acara-acara sampingan berkenaan, Negara Brunei Darussalam mengesahkan komitmennya untuk menggalakkan mobiliti yang inklusif, mudah diakses dan mampan, memperkukuh pengiktirafan kelayakan serta meningkatkan kerjasama pendidikan yang lebih erat antara Asia dan Eropah.




0 Comments