Home 5 Press Releases 5 FINAL ROUND OF THE 2026 GULINTANGAN COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS, COLLEGES AND SIXTH FORM CENTRES NATIONWIDE

FINAL ROUND OF THE 2026 GULINTANGAN COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS, COLLEGES AND SIXTH FORM CENTRES NATIONWIDE

Sep 1, 2026 | Press Releases | 0 comments

TUESDAY | 19 RABIULAWAL 1448 | 1 SEPTEMBER 2026

TUNGKU – The Ministry of Education through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Secretariat Office of the Supreme Council for Malay Islamic Monarchy and the Academy of Brunei Studies, Universiti Brunei Darussalam, today held the FinalRound of the 2026 Gulintangan Competition for secondary schools, colleges and sixth form centres nationwide at the Pro Chancellor’s Arts Centre, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link.

Present as the Guest of Honour to officiate the event was Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Education.

The competition involved 11 teams at the Preliminary Round, with a total of 107 participants. Of these, seven teams successfully advanced to the Final Round.

The teams that qualified for the Final Round comprised Sekolah Menengah Katok, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna and Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

The winner was Sekolah Menengah Katok, while the runner-up was Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri and third place was Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

One of the aims of this competition was to preserve and sustain Brunei’s cultural heritage through co-curricular activities related to the arts and culture. It also sought to instil patriotism by preserving the authenticity of Brunei’s traditional culture, particularly among students, as well as to cultivate gulintangan performers for various events and functions both locally and abroad.

Meanwhile, the objectives of the competition were to develop students’ knowledge, talents and creativity in mastering the art of playing gulintangan in a healthy competitive environment, as well as to provide students with opportunities to appreciate and learn the traditional rhythms of Brunei’s culture. The competition was also expected to foster a spirit of cooperation among students while enhancing their confidence in their own abilities and those of their peers.

_____________________________________________________________

PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, MAKTAB-MAKTAB DAN PUSAT TINGKATAN ENAM SENEGARA TAHUN 2026

HARI SELASA | 19 RABIULAWAL 1448 | 1 SEPTEMBER 2026

TUNGKU – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Gulintangan Antara Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab-Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Senegara Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro Canselor, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah bagi acara tersebut ialah Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan.

Pertandingan ini telah melibatkan sebanyak 11 pasukan pada Peringkat Saringan dengan seramai 107 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, tujuh pasukan telah berjaya mara ke Peringkat Akhir pertandingan.

Pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir terdiri daripada Sekolah Menengah Katok, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

Juara pertandingan disandang oleh Sekolah Menengah Katok, manakala Naib Juara ialah Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dan tempat ketiga ialah Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memelihara dan mengekalkan seni budaya Brunei secara berterusan melalui aktiviti kokurikulum yang berunsurkan kesenian dan kebudayaan. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan negara dengan menjaga keaslian tradisi kebudayaan orang-orang Brunei, khususnya dalam kalangan para pelajar, serta menyediakan kumpulan pemain gulintangan bagi keperluan acara atau majlis tertentu sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Manakala objektif pertandingan adalah untuk mengembangkan pengetahuan, bakat dan kreativiti para pelajar dalam menguasai permainan gulintangan dalam suasana pertandingan yang sihat, di samping memberikan peluang yang luas kepada pelajar untuk menghayati dan mempelajari irama-irama asli budaya Brunei.

Pertandingan ini juga diharapkan dapat mewujudkan sikap semangat dan bekerjasama dalam diri setiap pelajar serta meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan rakan-rakan mereka.

Check out these related post also…

0 Comments