Home 5 Press Releases 5 IMPLEMENTATION OF HOME-BASED LEARNING (HBL)  FOLLOWING AN INCREASE IN THE POLLUTANT STANDARDS INDEX (PSI)

IMPLEMENTATION OF HOME-BASED LEARNING (HBL)  FOLLOWING AN INCREASE IN THE POLLUTANT STANDARDS INDEX (PSI)

Sep 2, 2026 | Press Releases | 0 comments

IMPLEMENTATION OF HOME-BASED LEARNING (HBL) 

FOLLOWING AN INCREASE IN THE POLLUTANT STANDARDS INDEX (PSI)

Tuesday | 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026

BERAKAS –  The Ministry of Education has taken note of the Pollutant Standards Index (PSI) reading recorded at 4.00 pm on Tuesday, 1 September 2026, which indicates that air quality remains at a very unhealthy level.

In this regard, as a precautionary measure and in the interest of safeguarding the safety and well-being of the education community, all government and private educational institutions under the purview of the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs are advised to implement Home-Based Learning (HBL) from Wednesday, 2 September 2026 to Thursday, 3 September 2026.

During this period, the respective educational institutions are required to activate their Business Continuity Plans (BCP) to ensure the continuity of teaching and learning. Teaching and learning may be conducted online or through the provision of Home Learning Pack (HLP), as appropriate and according to the needs of students.

For higher education institutions, their operations and the implementation of teaching and learning shall be subject to the arrangements and appropriate measures determined by the respective institutions, taking into consideration the current air quality conditions as well as the safety and well-being of their respective communities.

The Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs will continue to closely monitor the situation, and a reassessment will be conducted at 4.00 pm on Friday, 4 September 2026, to determine the subsequent operational status of educational institutions. Any further developments or decisions will be communicated accordingly.

The Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs extend their appreciation for the cooperation and attention of all parties in ensuring that the safety and well-being of the education community continue to be safeguarded.

_________________________________________________________________

PERSEKOLAHAN DILAKSANAKAN SECARA HOME BASED LEARNING (HBL) 

BERIKUTAN PENINGKATAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (PSI)

Selasa| 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026

BERAKAS – Kementerian Pendidikan mengambil maklum mengenai bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) pada jam 4.00 petang, Selasa, 1 September 2026, yang menunjukkan kualiti udara yang masih berada pada tahap sangat tidak sihat.

Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga serta demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan, semua institusi pendidikan kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah disarankan untuk melaksanakan Home-Based Learning  (HBL) mulai hari Rabu, 2 September 2026 hingga hari Khamis, 3 September 2026.

Dalam tempoh tersebut, institusi pendidikan berkenaan hendaklah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Operasi (Business Continuity Plan – BCP) masing-masing bagi memastikan kesinambungan pembelajaran dan pengajaran. Pelaksanaannya boleh dibuat secara dalam talian atau melalui penyediaan Pek Pembelajaran di Rumah (Home Learning Pack – HLP), mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.

Bagi institusi pengajian tinggi, pengoperasian serta pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran adalah tertakluk kepada ketetapan serta langkah-langkah yang bersesuaian oleh institusi masing-masing, dengan mengambil kira keadaan kualiti udara semasa serta keselamatan dan kesejahteraan warga institusi.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan terus memantau keadaan semasa dan penilaian semula akan dibuat pada jam 4.00 petang, hari Jumaat, 4 September 2026, bagi menentukan status pengoperasian institusi-institusi pendidikan seterusnya. Sebarang perkembangan atau ketetapan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghargai kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan sentiasa terpelihara.

Check out these related post also…

0 Comments