MEDIA STATEMENT
BRUNEI DARUSSALAM IN PISA 2025
Tuesday | 26 Rabiulawal 1448 | 8 September 2026
BERAKAS – Today in Paris, results of the PISA 2025 Main Study for participating countries and economies have been released by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). PISA which stands for The Programme for International Student Assessment, is a widely recognised comparative international large-scale assessment conducted every 3 years organised by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
Over 760,000 students in 91 countries and economies participated in PISA 2025, making this the largest PISA participation to date. For Brunei Darussalam, 5,740 students from 55 secondary schools under the purview of the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs participated in the PISA survey between April and May 2025. The results released by OECD in Paris today reported that globally, in the Science domain, Brunei Darussalam is ranked 46th; 42nd in the Mathematics domain, and 41st in the Reading domain. In ASEAN, Brunei Darussalam is in the top three (3) in Mathematics and Science, and second in Reading.
In the main domain of Science, Brunei Darussalam achieved an average score of 439. Whilst the average score for Mathematics is 435 and 426 for Reading. Although there is a slight decline in average scores across all domains, the OECD reported that these are not statistically significant.
In PISA 2025, a new assessment was also introduced to test computational problem solving. It focuses on students’ capacity to engage in an iterative and self-regulated process of knowledge building and problem solving using computational tools and practices. In computational problem solving, Brunei Darussalam scores 496, 4 points below the OECD average, which is 500. This has placed Brunei Darussalam 32nd globally.
Additionally, in this cycle, the OECD has analysed students’ engagement in schools. For Brunei Darussalam, our students are reported as highly engaged learners with a positive attitude to learning. This has placed Brunei Darussalam 23rd among the 91 participating countries.
This is the third time Brunei Darussalam has participated in PISA, following its inaugural participation in 2018. By comparing results internationally and studying trend comparisons across three cycles, policymakers and educators in Brunei Darussalam can learn from other countries’ policies and practices. The Ministry of Education will continue to analyse these data and work towards supporting all our efforts in providing quality education for all.
The Ministry of Education attributes the encouraging performance of students to the collective effort of educators in helping all students reach their full potential. With unwavering dedication and a relentless pursuit of excellence, schools have reached a remarkable achievement that solidifies its position as a potential leader in the industry and sets a new benchmark for the nation. This accomplishment is a testament to the hard work, dedication, and innovative approach embraced by all, and ultimately moving closer to realising our Wawasan Brunei 2035.



____________________________________________________________________________
KENYATAAN MEDIA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DALAM PISA 2025
Hari Selasa | 26 Rabiulawal 1448 | 8 September 2026
BERAKAS – Keputusan PISA 2025 bagi negara dan ekonomi yang ikut serta telah diumumkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di Paris hari ini. PISA yang bermaksud ialah satu penilaian berskala besar antarabangsa yang diiktiraf secara meluas dan dijalankan setiap 3 tahun oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Sekitar 760,000 pelajar dari 91 negara dan ekonomi telah turut serta dalam PISA 2025, sekaligus menjadikannya penyertaan PISA yang terbesar setakat ini. Bagi Negara Brunei Darussalam, seramai 5,740 pelajar dari 55 buah sekolah menengah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menyertai kajian PISA tersebut antara bulan April dan Mei 2025. Keputusan yang dikeluarkan oleh OECD di Paris hari ini melaporkan bahawa di peringkat global, Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-46 bagi domain Sains, ke-42 bagi domain Matematik, dan ke-41 bagi domain Membaca. Di peringkat ASEAN, Negara Brunei Darussalam berada dalam kedudukan tiga (3) teratas bagi Matematik dan Sains, serta di tempat kedua bagi Membaca.
Skor purata Negara Brunei Darussalam di dalam domain utama iaitu Sains adalah 439. Manakala skor purata bagi Matematik ada 435 dan 426 dalam Membaca. Meskipun terdapat sedikit penurunan dari segi skor purata bagi semua domain, pihak OECD melaporkan bahawa perkara ini tidak signifikan dari segi statistik.
Dalam PISA 2025, pencapaian membaca di Negara Brunei Darussalam telah meningkat dengan ketara, meskipun keputusan membaca telah menurun di kebanyakan negara di seluruh dunia. Malah, Negara Brunei Darussalam adalah salah satu daripada empat buah negara yang menunjukkan trend peningkatan dalam kesemua domain (Sains, Matematik dan Membaca) antara PISA 2015 dan PISA 2025.
Dalam PISA 2025, satu penilaian baharu juga telah diperkenalkan dalam pusingan ini untuk menguji Computational Problem-Solving. Ia berfokus kepada penilaian keupayaan pelajar menyelesaikan masalah menggunakan alat perkomputeran melalui proses iteratif dan terkawal sendiri. Dalam Computational Problem-Solving, Negara Brunei Darussalam mencatatkan skor 496, iaitu 4 mata di bawah purata OECD sebanyak 500. Pencapaian ini telah meletakkan Negara Brunei Darussalam di kedudukan ke-32 di peringkat global.
Dalam pusingan ini, OECD juga telah mengkaji penglibatan pelajar di sekolah. Bagi Negara Brunei Darussalam, pelajar-pelajar telah dilaporkan mempunyai tahap penglibatan yang tinggi serta bersikap positif terhadap pembelajaran. Ini sekaligus meletakkan Negara Brunei Darussalam di kedudukan ke-23 dalam kalangan 91 buah negara yang menyertai.
Ini merupakan penyertaan kali ketiga Negara Brunei Darussalam menyertai PISA, selepas penyertaan kali pertama pada tahun 2018. Melalui perbandingan keputusan di peringkat antarabangsa dan kajian perbandingan trend merentas tiga pusingan, penggubal dasar serta pendidik di Brunei Darussalam akan dapat mempelajari dasar dan amalan yang dilaksanakan oleh negara-negara lain. Kementerian Pendidikan akan terus mengkaji data ini dan berusaha untuk menyokong semua usaha dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.
Kementerian Pendidikan menyifatkan prestasi pelajar yang memberangsangkan ini adalah hasil daripada usaha gigih para pendidik di negara ini dalam membantu semua pelajar mencapai potensi mereka sepenuhnya. Dengan dedikasi yang tinggi dan usaha gigih yang berterusan ini juga, sekolah-sekolah telah mencapai peningkatan yang luar biasa dan ini mengukuhkan lagi kedudukan negara khusus dalam pendidikan dan menjadikan pencapaian ini sebagai penanda aras negara yang baru. Pencapaian ini adalah bukti hasil kerja keras, dedikasi dan pendekatan inovatif yang disambut baik oleh pelbagai pihak dan selaras ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/146 (NWM)
Tarikh: 26 Rabiulawal 1448 | 8 September 2026


0 Comments