Tuesday| 26 Rabiualawal 1448 | 8 September 2026
LAMBAK KANAN – Ministry of Education through the Department of Schools Inspectorate facilitated a course Mentored Inspection Training for inspectors for seven days from 31 August to 8 September 2026, at the Lifelong Learning Centre, Lambak Kanan.
The course is held under the guidance of two consultants from Education Development Trust (EDT), Raja’a Alawi and Michael Gaunt.

The course builds on the EDT theoretical training conducted in October 2025 and provides Inspectors with the opportunity to apply their knowledge and skills in real school evaluation settings as well as providing exposure to international inspection and quality assurance practices, including experience from the Middle East and practices benchmarked against Ofsted in the United Kingdom.

The course aims to strengthen inspectors’ professional competencies and enhance the consistency, accuracy and credibility of education quality assurance practices. It also supports JKSS in moving towards a quality assurance approach that is increasingly focused on school improvement.

A total of 21 Kenaziran officers participated in the programme and were divided into three groups to undertake supervised training at Sports School, Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Secondary School and Mabohai Primary School.
___________________________________________________________
KURSUS MENTORED INSPECTION BAGI PEGAWAI KENAZIRAN
Hari Selasa| 26 Rabiualawal 1448 | 8 September 2026
LAMBAK KANAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah (JKSS) telah mengadakan Kursus Mentored Inspection bagi pegawai kenaziran selama tujuh hari bermula pada hari Isnin, 31 Ogos hingga 8 September 2026 bertempat di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C).
Kursus ini dibimbing oleh dua orang konsultan daripada Education Development Trust (EDT), iaitu Raja’a Alawi dan Michael Gaunt.
Kursus ini merupakan kesinambungan kepada latihan teori EDT yang telah dilaksanakan pada Oktober 2025 dan memberi peluang kepada para Nazir untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks penilaian sekolah sebenar serta memberi pendedahan kepada pegawai Kenaziran mengenai amalan penilaian dan jaminan kualiti antarabangsa, termasuk pengalaman pelaksanaan di rantau Timur Tengah serta amalan yang ditanda aras dengan Ofsted di United Kingdom.
Antara tujuan kursus ini adalah untuk memperkukuh kompetensi profesional para Nazir serta meningkatkan keseragaman, ketepatan dan kredibiliti amalan jaminan kualiti pendidikan, di samping menyokong usaha JKSS ke arah pendekatan jaminan kualiti yang lebih berorientasikan penambahbaikan sekolah.
Seramai 21 orang Pegawai Kenaziran terlibat dalam program ini dan dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi mengikuti latihan bimbingan di Sekolah Sukan, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Rendah Mabohai.



0 Comments