SATURDAY | 7 RABIULAKHIR 1448 | 19 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Culture and Arts Division, Ministry of Culture, Youth and Sports, today organised the Final Round and Prize Presentation Ceremony of the 2026 Dendang Tari Melayu Brunei Competition for secondary schools, sixth form centres and colleges, held at the Digadong Hall, Ministry of Culture, Youth and Sports.
Present as the Guest of Honour to officiate the prize presentation was Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Deputy Permanent Secretary (Culture), Ministry of Culture, Youth and Sports, Brunei Darussalam.

The final round was participated by seven schools and educational institutions, with a total of 91 students. The competition was won by Sekolah Menengah Katok, while the runner-up was Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah and third place was Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
The 2026 Dendang Tari Melayu Brunei Competition for secondary schools, sixth form centres and colleges is a stage performance competition featuring singing and dancing. The competition was organised for the first time by the Ministry of Education through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education, in collaboration with the Culture and Arts Division, Ministry of Culture, Youth and Sports.
Among the objectives of the competition are to encourage and cultivate students’ interest in learning and appreciating the movements of Brunei traditional dances, as well as performing their accompanying rhythms in a more creative manner. The competition also aims to enhance students’ skills and confidence in presenting traditional Brunei songs through singing and dancing performances.
In addition, the competition aims to foster a love and appreciation for arts and culture, as well as strengthen students’ appreciation of the heritage and cultural traditions of the Brunei community.








___________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR
PERTANDINGAN DENDANG TARI MELAYU BRUNEI BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, MAKTAB DAN PUSAT TINGKATAN ENAM TAHUN 2026
HARI SABTU | 7 RABIULAKHIR 1448 | 19 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Dendang Tari Melayu Brunei bagi sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
Pada pertandingan peringkat akhir ini, sebanyak tujuh buah sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam telah menyertai pertandingan tersebut, dengan jumlah keseluruhan seramai 91 orang pelajar.
Juara pertandingan disandang oleh Sekolah Menengah Katok, manakala naib juara ialah Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan tempat ketiga ialah Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Pertandingan Dendang Tari Melayu Brunei bagi sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam Tahun 2026 merupakan sebuah pertandingan persembahan pentas yang berkonsepkan nyanyian dan tarian. Pertandingan ini merupakan julung kali dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan dan menarik minat para pelajar untuk mengenali serta mempelajari gerak tari tarian-tarian Brunei Asli, di samping mendendangkan iramanya dengan cara yang lebih kreatif. Pertandingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan dan keyakinan para pelajar dalam mempersembahkan nyanyian dan tarian berirama lagu-lagu Tradisi Brunei Asli.
Selain itu, pertandingan ini dihasratkan dapat memupuk semangat cintakan seni budaya serta meningkatkan penghargaan terhadap warisan masyarakat Brunei dalam kalangan para pelajar.




0 Comments